Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Peng Min, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(Lihat juga Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Peng Min, Alor Star, Kedah)

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Peng Min
Lokasi
Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0124819089
Kod sekolahKBC0044
Guru besarEncik Goh Kian Huat
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Chan Chooi Choy
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Ang Ai Kiok
Penolong Kanan KokurikulumPuan Teh Phei Chuin
Laman sesawang


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Peng Min atau nama ringkasnya SJKC Peng Min, merupakan sebuah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Kedah.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Peng Min ini telah diasaskan pada tahun 1938. Pada awal pembinaanya,ia dibina di Simpang Kuala berdekatan sebuah tokong Cina iaitu Kong Hock Kong. Pengasas sekolah ini ialah Encik Khoo Boon Teik yang juga guru besar pertama. Mendiang Encik Khoo Boon Tiek dengan menggunakan tenaga kerja yang terhad dan usaha gigih telah mengasaskan sekolah ini sungguhpun jumlah murid pada masa itu hanya 11 orang sahaja. Namun usahanya tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus. Selepas Perang Dunia Kedua, sekolah Peng Min telah didirikan semula dengan usaha segolongan penduduk tempatan yang mecintakan pendidikan bahasa Cina seperti Pengerusi Lembaga Pengelola En. Oh Boon She, Naib Pengerusi En. Lim Bai Yuan, Setiausaha En.Tan Kok Eng, Bendahari En. Ong Peng Siak telah membentuk Lembaga Pengelola Sekolah Peng Min yang pertama.

Bilangan murid telah bertambah kira-kira 100 orang yang boleh dikategorikan sebagai sebuah sekolah yang agak besar pada masa itu. Malah bilangan pelajar yang kian meningkat dan bangunan sekolah yang ditempatkan di Simpang Kuala sudah tidak berupaya menampung keperluan pada masa itu. Selepas beberapa kali memohon dan merayu kepada pihak kerajaan untuk mendapat sebidang tanah bagi membina bangunan sekolah yang baru, maka pada tahun 1974, kerajaan telah memberikan sebidang tanah seluas 6.5 ekar di Bee Bee Park untuk dibina bangunan sekolah yang baru. Sebuah bangunan sekolah 3 tingkat yang merangkumi 8 bilik kelas,perpustakaan,bilik guru,pejabat sekolah,bilik sumber dan bilik setor telah dibina.

Bangunan sekolah yang baru mula dibina pada 16-04-1977 tetapi terpaksa diberhentikan pembinaanya selama 2 tahun disebabkan masalah kontraktor. Sungguhpun begitu,akhirnya pada tahun 1981, bangunan baru telah siap dibina dan semua kakitangan, guru dan murid sekolah ini telah pindah ke bangunan ini.

Pada 4 Jun 1993, sekolah ini telah mendapat sokongan dan bantuan daripada Nanyang Siang Pao dan Syarikat Carlsberg berjaya mengumpul kutipan sebanyak 300 ribu ringgit melalui “Konsert Sumbangsih 10 Penyanyi Pilihan Malaysia”. Satu blok bangunan sekolah yang merangkumi 6 buah bilik kelas telah mula dibina pada bulan oktober 1993 dan disiapkan pada bulan Mac 1994. Satu blok yang mengandungi 8 buah bilik kelas juga telah dibina pada tahun 1994.

Pada tahun 2000, kantin sekolah telah diperluaskan dan tembok pagar mengelilingi sekolah dibina pada tahun 2001 demi keselamatan pelajar. Padang sekolah yang sentiasa menakung air telah ditambun pada bulan Febuari 2003 hasil peruntukan Y.B Dato’ Chor Chee Heung. Pada bulan Oktober 2003, suatu program jualan amal telah diadakan oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah dengan bantuan PIBG sekolah serta Persatuan Murid-murid Tua. Hasil kutipan telah digunakan untuk membina sebatang jalan dalam kawasan sekolah bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas kerana pertambahan murid yang pesat.

Di samping itu, koridor yang berbumbung telah dibina di hadapan dewan sekolah dan dihadapan kantin serta sepanjang jalan ke pintu pagar sekolah. Semua ini dibuat untuk kemudahan para pelajar dan waris yang datang menunggu anak mereka. Pada bulan Disember 2003,sebuah bilik di blok D,telah diubahsuai menjadi kelas Prasekolah dan kelas mula dilaksanakan pada bulan Januari 2004.Pada bulan September 2004,bangunan makmal ICT telah siap dibina dan dilengkapi dengan 40 buah komputer serta alat-alat yang canggih. Kini bilangan pelajar telah meningkat kepada 1145 orang dan Sekolah Peng Min merupakan salah sebuah sekolah Gred A yang besar dalam daerah Kota Setar.

Pada bulan Oktober 2007, permohonan bangunan tambahan untuk menampung keperluan pihak sekolah telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebuah bangunan 4 tingkat telah siap dibina dan diserah kepada sekolah pada bulan Mac 2009. [2]


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Peng Min
Simpang Kuala,
05400 Alor Setar,
Kedah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]