Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tanah Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tanah Mas
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 16, Pejabat Pos Bidor, 35500, Bidor,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054017085
Kod sekolahABC0064
FaksTIADA


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tanah Mas atau nama ringkasnya SJK(C) Tanah Mas, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Peti Surat 16, Pejabat Pos Bidor.

Pada 2021, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tanah Mas memiliki 16 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 24 orang. Ia mempunyai seramai 6 orang guru.2021

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SJK (C) Tanah Mas didirikan  dalam sebuah Kampung Cina sejak tahun 1950 yang berlokasi lebih kurang tujuh kilometer dari pekan Tapah dan pekan Bidor serta satu kilometer dari jalan raya utama Ipoh- Kuala Lumpur.

            Sebelum zaman 50an, tiada sekolah di kawasan kampung ini, budak-budak kampung ini terpaksa bersekolah di pekan Bidor atau pekan Tapah yang berjarak lebih kurang tujuh kilometer jauh. Justeru itu, kebanyakkan budak-budak di kampung ini tidak berpeluang untuk mengikuti alam persekolahan.

Oleh kerana menyedari kepentingan pendidikan kepada seseorang kanak-kanak, maka pemimpin-pemimpin tempatan Encik Lee Chin dan Encik Chong Yew Lim bercadang untuk mendirikan sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di kampung ini. Cadangan mereka telah mendapat sokongan penuh daripada penduduk-penduduk kampung ini. Sebuah sekolah telah berjaya dibina pada tahun 1950 dengan mengumpul derma dan sumbangan daripada penduduk kampung.

Bangunan yang dibina dengan menggunakan papan dan zink mempunyai dua buah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Sekolah ini dinamakan Sing Wah New Village Primary School dan mula beroperasi pada awal tahun 1951. Encik Wong Pak Boon dilantik sebagai guru besar pertama sekolah ini. Pada tahun 1957, nama sekolah ini ditukarkan kepada Standard Type Primary School (Chinese) sehingga tahun 1961.  Mulai tahun 1961, nama sekolah ini ditukarkan lagi sebagai SJK(c) Tanah Mas sehingga kini.

Oleh kerana bangunan sekolah telah mula reput, bangunan sekolah ini dibaik pulih dengan bantuan kerajaan Malaysia pada tahun 1974. Pada tahun 1977, Y.B. En. Azharul Abidin bin Abd. Rahim, Ahli Parlimen Kawasan Tapah, En. Abd. Wahab, Exco Perak, En. Lim Yoon Yook, Ahli Undangan Negeri Perak, Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Chan Siang Sun telah melawat sekolah ini. Memandangkan masalah bangunan sekolah kian reput dan membahayakan keselamatan murid. Y.B. En. Azharul Abidin bin Abd. Rahim berjanji akan membangkitkan perkara ini dalam persidangan parlimen. Di bawah rancangan Malaysia ke-3. Sebuah bangunan sekolah yang baru telah berjaya dibina pada tahun 1978 dengan pinjaman wang Bank Dunia.

Semua kelengkapan sekolah baharu ini telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bangunan  baharu ini mempunyai 6 buah bilik darjah, sebuah bilik pelbagai guna, pejabat, bilik guru, tandas dan kantin. Bangunan ini siap dibina pada 15 Disember 1978. Bangunan sekolah ini dibuka secara rasmi pada 8 Mei 1980 oleh Y.B. Datuk Chan Siang Sun DIMP.,JSM.,AMN.,PJK.,JP., Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Bangunan yang bertingkat dua digunakan sehingga sekarang.

Sekolah ini telah ditubuhkan selama 66 tahun. Sekolah ini pernah di pimpin oleh 20 orang guru besar. Senarai nama guru besar SJK (C) Tanah Mas adalah seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Senarai Nama guru besar SJK (C) Tanah Mas

Bil. Nama Guru Besar Tahun Berkhidmat
1 Wong Pak Boon 1951-1953
2 Shieu Yih Juan 1954
3 Lee Nam Peng 1955-1958
4 Kong Nam 1959
5 Lee Yit Meng 1960-1961
6 Por How Chee 1962-1978
7 Lim Chir Pei 1978-1980
8 Wang Yau Choong 1980-1984
9 Liew Sio Kiom 1984-1987
10 Yap Chin Fatt 1987-1991
11 Sun Chun Seng 1991-1997
12 Wong Wan Chun 1997-1999
13 Saik Saw Ing 1999-2002
14 Chin On Hong 2002-2005
15 Lit Choy Kum 2005-2011
16 Ng Kit Chee 2011-2013
17 Kong Lap Chee 2013-2017
18 Tew Lee Peng 2017- 2019
19 Ong Yew Guat 2019 - 2020
20 Choy Peng Keong 2020 - sekarang

(Sumber : Data Pentadbiran SJK (C) Tanah Mas) 

SJK (C) Tanah Mas merupakan sekolah kurang murid (SKM). Bahagian Pendidikan Guru  (BPG) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan latihan bagi meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru  kelas bercantum di Sekolah Kurang Murid di bawah inisiatif PPPM #40: Pelaksanaan Pelan Halatuju Sekolah Kurang Murid(SKM). Sekolah ini mempunyai 28 orang murid. Program kelas bercantum melibatkan sekolah berenrolmen 30 ke bawah. Maka guru  besar, dan 3 orang guru  akan menghadiri kursus berkenaan, kemungkinan besar kelas akan bercantum mulai tahun depan. Semua murid di sekolah ini ialah berbangsa Cina. Enrolmen murid adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Enrolmen Murid Mengikut Tahun dan Jantina

Tahun Bilangan murid
Lelaki Perempuan Jumlah
1 2 2 4
2 2 0 2
3 1 0 1
4 4 2 6
5 5 2 7
6 2 2 4
Jumlah 16 8 24

 (Sumber : Data HEM SJK (C) Tanah Mas Tahun 2021)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SJK (C) Tanah Mas merupakan sebuah sekolah di luar bandar, tetapi pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR kian meningkat. Budaya belajar dapat diwujudkan atas kerjasama dan komitmen semua guru. Pada tahun 2013, seramai 3 orang murid mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR. Keputusan ini amat membanggakan kerana ini telah memecah rekod sekolah ini. Bilangan calon pada tahun itu hanya 11 orang murid, peratus pencapaian kualiti sekolah sebanyak 27.27%. GPS pada tahun itu ialah 2.36.

            Oleh kerana itu, sekolah ini dianugerahkan 3 sijil penghargaan iaitu Sijil Lompatan Saujana Peratus Kelulusan, Sijil Pencapaian Cemerlang Semua “A” dan Sijil Penghargaan Mendapat Lonjakan Saujana (2011-2013) untuk Peratus Lulus Semua Mata Pelajaran.

            Pada tahun 2015, sekali lagi sekolah mendapat penganugerahan Sijil Penghargaan Anugerah Pencapaian Lompatan Saujana (SJKC) dan Sijil Penghargaan Anugerah Pencapaian Peningkatan GPS Terbaik (SJKC). Di samping itu, antara tujuh orang murid yang mengambil Peperiksaan UPSR, terdapat seorang murid yang mendapat 7A. Semua mata pelajaran UPSR mendapat pencapaian kelulusan sebanyak 100% kecuali seorang murid gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris yang menyebabkan pencapaian kelulusan 85.71%. Keputusan ini amat membanggakan semua warga sekolah mahupun seluruh warga Kampung Tanah Mas. Pada tahun 2015 SJK (C) Tanah Mas juga mendapat tempat ke-13 dalam 20 buah sekolah pencapaian GPS terbaik Negeri Perak (Lampiran B). Analisis Pencapaian Peperiksaan UPSR mengikut mata pelajaran Tahun 2012 hingga 2016 adalah seperti Jadual 3.

Jadual 3 : Analisis Pencapaian Peperiksaan UPSR SJK (C) Tanah Mas Mengikut mata pelajaran Tahun 2012-2016

Mata Pelajaran Tahun
2012 2013 2014 2015 2016
BM (PEM) 66.7% 72.7% 50% 100% 100%
BM (PEN) 77.8% 81.8% 50% 100% 100%
BC (PEM) 100% 81.8% 100% 100% 100%
BC (PEN) 77.8% 81.8% 50% 100% 100%
BI (PEM) 22.2% 63.6% 50% 85.71% 100%
BI (PEN) 100%
SAINS 88.9% 90.9% 50% 100% 100%
MATE 100% 90.9% 50% 100% 100%
BIL. CALON 9 11 2 7 6
KUANTITI 22.2% (2) 63.6% (7) 50% (1) 85.7% (6) 100% (6)
KUALITI 0% 27.3% (3) 0% 0% 0%
GPS 2.52 2.36 2.71 1.96 1.85

( Sumber : Data Peperiksaan SJK (C) Tanah Mas )

Pada tahun 2015 SJK (C) Tanah Mas mendapat tempat ke-13 dalam 20 buah sekolah pencapaian GPS terbaik Negeri Perak manakala pada tahun 2016 SJK (C) Tanah Mas mendapat tempat ke 8 dalam 20 buah sekolah pencapaian GPS terbaik Negeri Perak.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tanah Mas
Peti Surat 16, Pejabat Pos Bidor
35500, Bidor
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054017085
Fax = 6054017085

Pautan luar[sunting | sunting sumber]