Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng
Lokasi
Parit Keroma, Jln Dato Hj Kosai, 84000, Muar,, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6069813188
Kod sekolahJBC5052
Guru besarChoong Guat Yean
Faks6069813188


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng atau nama ringkasnya SJKc Yok Eng, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Parit Keroma, Jln Dato Hj Kosai.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng memiliki 84 pelajar lelaki dan 77 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 161 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng telah diasaskan pada 15 Oktober 1920 oleh beberapa pemimpin tempatan. Bangunan yang cuma satu bilik darjah ini berupa papan dengan atap. Terdapat seorang guru dengan murid seramai 30 orang. Ia ditutup semasa pendudukan Jepun, dan dibuka semula pada tahun 1947 dengan bilangan murid lebih kurang 40 orang.

Mulai 1956, gaji guru dibiayai oleh kerajaan. Pada tahun 1958, sekolah ini menjadi sekolah bantuan penuh. Bangunan sekolah diperbesarkan pada tahun 1958 untuk menampung bilangan murid yang telah bertambah menjadi 60 orang. Bilangan bilik darjah menjadi 3 buah. Pada tahun 1960, bilangan murid meningkat ke 100 orang dengan 6 orang guru.

Bilik guru besar dan perpustakaan dibina pada tahun 1989.Dengan peruntukan yang diberi oleh Jabatan Pendidikan, PIBG dan MCA,sebuah gelanggang serbaguna dan tandas juga dibina dan pagar dibaikpulihkan. Pada tahun 1994,peruntukan RM30,000.00 dari kerajaan digunakan untuk memperbaiki bangunan fizikal sekolah dan pamasangan letrik dan air.

Pada tahun 1999, kemasukan murid menurun lagi. Enrolmen sebanyak 31 orang merupakan kemasukan paling rendah sekali.Pihak sekolah mengadakan Hari Kanak-Kanak secara meriah dan YB Liew You Wei telah merasmikan majlis tersebut. Pada tahun 2000, pihak PIBG dan LPS bekerjasama mengadakan Majlis Ulangtahun Ke 80 untuk memeriahkan suasana sekolah dan mengharumkan nama sekolah. Kemasukan meningkat dari 31 ke 56 orang.

Pada tahun 2001, enrolmen meningkat dari 56 ke 72 orang. Pencapaian UPSR sangat memuaskan dan berkedudukan ketiga di daerah dan Kelima di peringkat negeri dengan peratusan kelulusan 87.5%. Tee Sze Ting memperolehi 6A.

Pada Oktober 2001, pembinaan semula dimulakan dan projek dijangka siap pada 25 Mei 2002. Pada 01 Januari 2002, kemasukan kembali meningkat dari 72 ke 100 orang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng
Parit Keroma, Jln Dato Hj Kosai
84000, Muar
Johor,  Malaysia
Telefon = 6069813188
Fax = 6069813188

Pautan luar[sunting | sunting sumber]