Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Convent Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Convent Seremban
Lokasi
 Malaysia Komp. Sekolah Wawasan, Jln S2 F22, Garden Homes, Sban2, 70300, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0066337441
Kod sekolahNBD4069
Faks0066335806
Laman sesawang
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Convent Seremban atau nama ringkasnya SJK(T) Convent Seremban (Kompleks Wawasan), merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Komp. Sekolah Wawasan, Jln S2 F22, Garden Homes, Sban2.[1]

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Convent Seremban memiliki 353 pelajar lelaki dan 303 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 656 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Inggeris Convent telah diasaskan oleh biarawati-biarawati dari negara Ireland. “Convent” membawa maksud tempat tinggal biarawati. Sekolah ini ditubuhkan untuk murid-murid miskin. Sumbangan kewangan dari Ireland dan dari Negara kita membolehkan mereka menubuhkan sekolah dan asrama untuk anak-anak yatim dan miskin. Sekolah Rendah Perempuan Convent dan Sekolah Menengah Perempuan Convent telah beroperasi bersama di Jalan Dato’ Bandar Tunggal. Sekolah Tamil Perempuan Convent ditubuhkan dan mula beroperasi dengan 6 orang murid yatim. Biarawati Tamil dari India telah dibawa khas untuk mengajar mereka. Lokasi sekolah dipertengahan Bandar Seremban dan mutu pengajaran yang baik telah menarik tumpuan orang ramai. Kadar bilangan murid pernah naik sehingga 400 orang dan 28 orang guru. Bilangan murid terpaksa dihadkan kerana kekurangan kemudahan bilik darjah. Bangunan Sekolah Inggeris Convent pada awalnya terletak di jaln Dato’ Bandar Tunggal, Seremban. Sister Catherine telah menjadi guru besar yang pertama pada tahun 1953. Pembangunan yang pesat dan kesesakan telah membawa perubahan kepada sekolah ini. Pada tahun 1992, Kerajaan Negeri telah mengumumkan Bangunan Sekolah Convent yang berusia 86 tahun tidak selamat untuk pengunaan. Sekolah Kebangsaan Perempuan Convent dan Sekolah Menengah Perempuan Convent diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan serta dipindahkan ke bangunan baru yang terletak 1 km jauh dari tempat asalnya dan diberi nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Puteri dan Sekolah Menengah Puteri. Pada asalnya, kerajaan telah memutuskan untuk menutup Sekolah Tamil Convent. Lembaga sekolah dan Pertubuhan PIBG serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh negara telah berusaha dan membatalkan keputusan tersebut. Pada tahun 1996 bangunan Convent dirobohkan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Convent berpindah dan menumpang di bangunan sekolah lama yang terletak di Jalan Tuanku Antah. Murid-murid lelaki terpaksa diserapkan ke dalam sekolah ini setelah mendapat kelulusan daripada pihak JPNS. Sekolah ini beroperasi tujuh tahun di bangunan tersebut. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Convent telah berpindah dari Jalan Tuanku Antah ke Kompleks Sekolah Wawasan pada 22.12.2003 dengan murid seramai 240 orang. Kompleks Wawasan ini merupakan Sekolah Wawasan yang pertama di Negeri Sembilan Darul Khusus. Terdapat dua buah sekolah di dalam kompleks ini. Sekolah ini mula dibina pada Disember 2002 dan telah siap dibina serta diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada 04.12.2003. Sekolah Tamil Convent mula beroperasi di Kompleks Wawasan pada 05.01.2004 dengan seramai 340 orang murid, 23 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan. Tuan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di ketika Dato’ Haji Rohani Bin Shariff bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah melawat sekolah pada 05.01.2004 untuk memastikan kelicinan dan kelancaran persekolahan pada hari pertama ianya dibuka. Pada 06.01.2004 pula sekolah ini telah dilawati oleh Ahli Exco Kerajaan NS Bahagian Pendidikan YB Dato’ Haji Zakariah Bin Nordin. Pada 23.01.2004 satu Upacara Sembayang Khas telah diadakan sempena pembukaan sekolah ini di bangunan baru. Ahli Parlimen Teluk Kemang, YB Dato’ Sothinatan merangkap Timbalan Menteri Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar turut hadir dan memberi ucapan. Ramai ibubapa telah hadir dan memberi sokongan yang penuh dengan menyertai upacara ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Convent Seremban
Komp. Sekolah Wawasan, Jln S2 F22, Garden Homes, Sban2
70300, Seremban
N.S. Malaysia
Telefon = 0066337441
Faks = 0066335806

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]