Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kledek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kledek
Lokasi
 Malaysia Ladang Bukit Kledek, 77100, Pos Asahan,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065229461
Kod sekolahNBD5033
Faks6065229461
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kledek atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Bukit Kledek, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Bukit Kledek.[1]

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kledek memiliki 19 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 34 orang. Ia mempunyai seramai 8 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bukit Kledek ditubuhkan pada tahun 1948. Ia terletak di dalam sebuah ladang getah yang bernama Ladang Bukit Kledek, satu tempat yang terpencil di pinggir Negeri Sembilan.

Pada asalnya, tujuan sekolah ini ditubuhkan adalah untuk menjaga anak-anak pekerja ladang ini di samping memberi pendidikan formal.

Pada peringkat awal sekolah ditubuhkan, ia bertempat di sebuah rumah pekerja yang dimiliki oleh Ladang Bukit Kledek. Rumah itu hanya mempunyai sebuah bilik darjah. Sumber kewangan bagi menguruskan sekolah ini ialah hasil sumbangan serta derma daripada pengurus ladang dan pemimpin-pemimpin kaum Cina dan India.

Pada tahun 1963, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah yang baru atas permintaan Guru Besar dan Ahli Lembaga Pengurus Sekolah bagi penggunaan kedua-dua buah sekolah dalam ladang tersebut, iaitu SRJK(C) Ladang Bukit Kledek dan SRJK(T) Ladang Bukit Kledek. Bangunan ini mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Bangunan ini digunakan oleh kedua-dua buah sekolah tersebut secara bergilir-gilir, iaitu pada sidang pagi dan petang.

Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah, maka sekolah ini pun memohon kepada kerajaan supaya membina sebuah bangunan sekolah yang baru bagi menampung keperluan. Pada tahun 1982, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM20,000.00 untuk membina sebuah bangunan yang mengandungi dua buah bilik darjah. Perbelanjaan berlebihan disumbang oleh orang ramai.

Pada tahun 1986, sebuah bilik guru telah dibina.

Pada tahun 1990, sekolah ini sekali lagi mendapat peruntukan sebanyak RM10,000.00 daripada kerajaan untuk membina sebuah pusat sumber. Akan tetapi, mulai tahun 1991, sekolah ini menghadapi masalah kekurangan murid. Ramai pekerja kaum Cina telah berpindah dari ladang kerana pendapatan rendah dan ingin mencari rezeki yang lebih lumayan di luar. Sehingga kini SJK(T) Ladang Bukit Kledek mempunyai 4 buah bangunan dan semuanya sedang digunakan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Bukit Kledek
Ladang Bukit Kledek
73200, Gemencheh
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 606 - 536 0061
Faks = 606 - 536 0061

Bekas ahli-ahli SJK(T) Ladang Bukit Kledek[sunting | sunting sumber]

Senarai bekas guru-guru besar[sunting | sunting sumber]

  1. En. S. Velu 1965
  2. En. K. Perumal 1979
  3. En. S. Vannimuthu 1981
  4. En. P. Sekar 1986
  5. En. S. Velu 1996
  6. En. M. Mahendran 2002
  7. En. C. Sundraj 2005
  8. En. K. Rajammah 2005
  9. En. S. Kannan 2007
  10. En. K. Sundram 2008
  11. En. P. Agnes Chelvi 2009
  12. En. K. Sundram 2009 – 2014
  13. En. K. Vasu 2014 – 2016
  14. En. Jayabalan Kandiah – Dis 2016

Guru-guru yang pernah mengajar[sunting | sunting sumber]

  1. Pn. Karpagam Renggasamy
  2. En. Jayabalan Kandiah
  3. En. Gunasegaran – telah meninggal dunia
  4. Pn. Muniammah

Senarai bekas pelajar yang berjaya[sunting | sunting sumber]

  1. Siva Velayutham
  2. Pn. Saraswathy Ponnusamy – Universiti Terbuka Malaysia – Guru akademik
  3. Pn. Renuga Narayanan – Universiti Terbuka Malaysia – Guru akademik
  4. Lalitha Sritharan – Pembantu perubatan
  5. Prema Chandran – Pembantu perubatan
  6. Banupriya Chandran – Pembantu perubatan

Pencapaian akademik[sunting | sunting sumber]

TAHUN 7A/8A MIN KOMP GPS
2002 0 20% 3.47
2003 0 0.0 3.29
2004 0 22.2 3.59
2005 0 66.7 2.76
2006 0 20 3.06
2007 0 37.5 3.11
2008 0 14.3 3.47
2009 0 0.0 3.53
2010 1 50 2.00
2011 0 83.3 1.93
2012 0
2013 0
2014 0
2015 0 80 1.95
2016 0 100 1.13
2017
2018

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]