Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kubang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kubang
Lokasi
 Malaysia Ladang Kubang, 71800, Nilai,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah012-2079852
Kod sekolahNBD4075
Pengerusi PIBGEn.Saravanan
Guru besarPn.Arokiamary a/p Soosainathan(sekarang)
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.R.Sujithra
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn.S.Aaryamala
Penolong Kanan KokurikulumEn.R.Manimaran
FaksTIADA
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kubang atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Kubang, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Kubang.[1]

Pada 2019, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kubang memiliki 21 lelaki dan 20 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 41 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009

Sekolah ini telah dibina pada tahun 1947 oleh pihak pengurusan ladang dan sudah berusia 63 tahun. Pada masa itu, pengurus ladang ini adalah seorang berbangsa Inggeris yang bernama En.Hendry. Pada mulanya sekolah ini dinamakan ‘Kubang Tamil School’ dan sesi persekolahan bermula pada sebelah petang iaitu dari pukul 12.30 tengah hari hingga 5.30 petang. Guru Besar pertama sekolah ini adalah seorang yang beragama Kristian iaitu J.A.A.Dass. Beliau berkhidmat dari 1 Jun 1947 hingga 31 Mei 1950. Kemudian beliau digantikan oleh En.M.Veloosamy dari 1 Jun 1950 hingga 31 Mei 1951. Bermula pada 3 April 1951 hingga 31 Disember 1979 tugas Guru Besar diambil alih oleh En.R.Elappan. Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun dan banyak mencurahkan bakti untuk meningkatkan taraf pendidikan di sekolah ini. Melalui usaha beliau dan bantuan daripada pihak ladang, sekolah ini bertukar wajah menjadi sebuah sekolah yang mempunyai 6 buah bilik darjah. Seterusnya, tugas beliau diambil alih oleh En.V.Iyavoo dari 1 Januari 1980 hingga 31 Disember 1981. Kegemilangan sekolah ini diteruskan oleh En.R.Mugundan yang mengambil alih tugas selaku Guru Besar pada 1 Januari 1982 hingga 28 Oktober 1996. Tugas beliau diambil alih oleh Pn.S.Elavani dari 1 Februari 1997 hingga 31 Disember 2002. Beliau banyak menumpukan perhatian kepada pendidikan murid-murid sekolah ini. Seterusnya, Pn.N.Nallamah mengambil alih tugas Guru Besar dan berkhidmat dari 16 Mei 2003 sehingga 31 November 2008. Kemudian En.L.Subramaniam mengambil alih tugas pada 1 Disember 2008 hingga 15 Februari 2009. Beliau telah berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajaran murid dan menambahkan bilangan murid.. Usaha ini diteruskan lagi oleh En.P.Krishnan. Beliau telah mula bertugas di sekolah ini pada 15 Feb 2009. Sekolah ini telah mencapai 100% lulus dalam UPSR tahun 2008 dan 2010. Disamping itu juga sekolah ini terletak dalam senarai band 1Beliau berusaha untuk meningkatkan peratus akademik pelajar dan juga telah menambahkan bilangan murid sekolah ini. Dengan kerjasama daripada PIBG, pihak sekolah telah mendapat tanah berhampiran kawasan kediaman LBJ daripada Sime Dirby untuk membina bangunan baru. Dengan bantuan pihak MIC usaha –usaha untuk membina bangunan baru telah dimulakan dan disudahi. Kini sekolah telah dilengkapi dengan bangunan baru yang cantik. Sebelum beliau ditukarkan Kevin SJKT Convent beliau telah memulakan projek membina dewan sekolah. Projek beliau telah disudahi Oleg Pn.Shanti Velu yang menjadi Guru Besar Dari tahun 2017 hingga May 2019. Beliau telah menukar wajah sekolah dengan membuat pelbagai perubahan pada fizikal sekolah. Pada bulan Mei, beliau telah bersara dan diganti dengan Pn.Arokiamary Soosainathan dari SJKT Atherton Port Dickson pada bulan Ogos 2019.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kubang
Ladang Kubang
71800, Nilai
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 0122079852
Faks = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]