Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Maha Ganesa Viddyasalai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Maha Ganesa Viddyasalai
Lokasi
 Malaysia Kampung Selamat, 32000, Sitiawan,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056913494
Kod sekolahABD1073
FaksTIADA


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Maha Ganesa Viddyasalai atau nama ringkasnya SJK(T) Maha Ganesa Viddyasalai, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Kampung Selamat.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Maha Ganesa Viddyasalai memiliki 212 pelajar lelaki dan 250 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 462 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1.1 SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Jenis Kebangan Tamil Maha Ganesa Viddyasalai, merupakan sekolah yang kedua besar di Daerah Manjung. Sejarah perkembangan sekolah ini telah bermula sejak tahun 1921 .

1.1.1 Latar Belakang Sekolah

Pada tahun 1921, masyarakat India di Bandar Sitiawan ini telah memohon kepada Kerajaan Negeri Perak untuk mendirikan sebuah Sekolah Tamil di Sitiawan. Setelah berbagai usaha diambil Sekolah Maha Ganesa Viddyasalai ini telah didirikan pada tahun 1928, dengan kerjasama dari hasil usaha 5 orang yang terkenal iaitu En.N.Kanapathi, En.W.P.Pillai,En.M.K Poniah, En.S.Ramasamy Chettiar dan En.S.Rathinasamy.

En.M.Munusamy telah bertugas sebagai Guru Besar yang pertama dengan bilangan murid seramai 30 orang. Pada tahun 1932 bilangan murid telah bertambah menjadi 60 orang dengan 4 orang guru. Pada tahun 1934, bilangan pelajar telah bertambah menjadi 100 orang dan bilangan guru pun telah naik menjadi 5 orang. Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini telah digunakan sebagai Kelas Bahasa Jepun bagi daerah ini dan digantikan sebagai Pusat untuk kelas Darjah Tujuh. Latihan Perguruan Peringkat Daerah juga ditempatkan di sekolah ini pada tahun 1947. Oleh kerana bilangan murid kian bertambah, maka sebuah bilik darjah tambahan telah didirikan berhampiran dengan bangunan induk pada tahun 1960.

Oleh kerana bilangan bilik darjah tidak mencukupi, sekolah telah dijalankan dua sessi. Dewan makan kuil Sri Sithi Vinayagar juga telah digunakan untuk dua buah kelas. Pada tahun-tahun berikut, bilangan pelajar telah bertambah dan menjadi 313 orang pada tahun 1983. Kekurangan bilik darjah menjadi masalah besar oleh kerana bilangan murid meningkat.Guru Besar dan ahli-ahli PIBG telah berusaha mendapatkan bangunan baru melalui YB Dato’ Seri S.Samy Vellu telah berjaya mendapatkan bantuan khas daripada Jabatan Perdana Menteri dan telah mula mendirikan dua blok bangunan baru yang mengandungi 10 buah bilik darjah, pejabat, bilik guru dan tandas pada tahun 1989.Sekolah ini telah tumpang di SRK Simpang Empat pada sebelah petang mulai 1990 hingga 1992.

Atas daya usaha Guru Besar dan kerjasama PIBG, dua buah bilik darjah tambahan dan sebuah kantin telah dibinakan.Pada tahun 1994, jumlah pelajar telah bertambah menjadi 517 orang dengan 25 orang guru dan sekolah ini telah menjadi Sekolah Tamil yang kedua terbesar di Daerah Manjung dan mengalami kemajuan yang pesat.

Dato’ Seri S.Samy Vellu telah merasmikan makmal komputer di mana 20 buah komputer telah dibeli untuk pembelajaran ICT atas daya usaha Guru Besar dan ahli-ahli PIBG pada tahun

Di samping itu, kelas pemulihan dan kelas tambahan dibina untuk meningkatkan kemudahan di sekolah. Tambahan pula, 3 orang penolong kanan ( PK Pentadbiran, PK Hem dan PK Koko) disediakan bilik masing-masing. Bilik guru telah diperbesarkan untuk keselesaan bagi meningkatkan prestasi kerja.

Akhirnya, sekolah ini berbangga dengan kejayaan seorang pelajar yang cemerlang dalam UPSR 2005 iaitu Tamilarasu a/l Gunasekaran yang berjaya di peringkat kebangsaan. Dengan kerjasama ahli-ahli PIBG dan pihak luar, Guru Besar En.N.Periyasamy telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah ini sehingga kini.

Jadual 1: Senarai Nama Guru Besar SJK(T) Maha Ganesa Viddyasalai

Bil NAMA TEMPOH

  1. MR. M.MUNUSAMY JAN 1928 – DIS 1932
  2. MR. VINSON DIS 1932 - DIS 1933
  3. MR. S.KRISHNAN JAN 1934 – DIS 1972
  4. MR. K.SUBRAMANIAM JAN 1973 – 3 MEI 1994
  5. MR. S.KANNIAH PJK 4 AUG 1995 – 16 DIS 1996
  6. MR. K.PERIANNAN 17 DIS 1996 – 20 OKT 2002
  7. MR. N.PERIYASAMY 31 DIS 2002 - DIS 2017
  8. PN.S.KANNAGI - DIS 2017- SEKARANG

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Maha Ganesa Viddyasalai
Kampung Selamat
32000, Sitiawan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056913494
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]