Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Nilai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Nilai
Lokasi
Km 24 Jalan Besar Nilai, 71800, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6067991532
Kod sekolahNBD4072
Faks6067998215
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Nilai atau nama ringkasnya SJK(T) Nilai, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Km 24 Jalan Besar Nilai.[1]

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Nilai memiliki 292 pelajar lelaki dan 336 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 628 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada Tahun 2015, Sjkt Nilai mendapat Anugerah Akademik Terbilang 2015 dalam kategori terbilang pencapaian UPSR Tahun 2014 dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Pada tahun 2014, keputusan UPSR Sjkt Nilai berjaya mendapat Gred Purata Sekolah ialah 1.78 dan peratus kelulusan sebanyak 80.4 %.

Tahun 2017, Sjkt Nilai dipilih untuk pelaksanan Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP). DLP adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Nilai
Km 24 Jalan Besar Nilai
71800, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067991532
Fax = 6067998215


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]