Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sri Gading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sri Gading
Lokasi
 Malaysia Kb:510, Ladang Sri Gading, 83009, Batu Pahat,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6074559866
Kod sekolahJBD0050
Faks6074559866


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sri Gading atau nama ringkasnya SJK(T) Sri Gading, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Kb:510, Ladang Sri Gading.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sri Gading memiliki 19 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 31 orang. Ia mempunyai seramai 7 orang guru.2009

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1941, iaitu sebelum perang dunia ke-2. Pada awalnya murid-murid seramai 25 orang menumpang sebuah rumah papan kepunyaan pihak Ladang Sri Gading. Keluasannya 35 kaki x 22 kaki. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En.Ranganathan dan dibantu oleh seorang guru penolong iaitu En.Raman. Pada tahun 1964, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang keluasannya 57” x 27” yang mengandungi 3 kelas. Ia dibina di atas tanah milik ladang seluas lebih kurang sekar.

Pada tahun 1985, sekolah ini mendapat peruntukan  melalui bantuan modal sebanyak RM30,000.00 untuk membina bangunan baru. Bangunan ini dibina daripada batu keseluruhannya dan keluasannya ialah 7m x 19m. Bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik Guru Besar. Jumlah murid ketika itu ialah seramai 49 orang murid serta 5 orang guru termasuk 

Guru Besar. Sebaik sahaja bangunan siap, murid-murid telah dipindahkan ke bangunan baru. Bangunan lama telah dijadikan bilik sumber/perpustakaan, bilik RMT, bilik Kemahiran Hidup dan stor. Pada tahun 1990, bangunan tersebut telah diperbaiki melalui peruntukan yang diberikan oleh Wakil Rakyat. Peruntukan yang diberikan sebanyak RM30,000.00. Melalui peruntukan ini dinding bangunan telah diganti dengan simen dan nako.

      Pada tahun 2002, sebuah kantin dibina dengan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM20,000.00. Pada tahun yang sama, dua buah bilik darjah telah dibina dengan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM30,000.00.

Pelajar-pelajar di sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak pekerja ladang. Jumlah murid semakin berkurangan disebabkan oleh pihak ladang tidak lagi mengusahakan tanaman pokok getah dan menukarkannya kepada tanaman kelapa sawit,di mana ramai keluarga India hilang pekerjaan dan terpaksa berhijrah ke tempat lain. Pada tahun 2010 sebuah bilik darjah tambahan telah dibina dengan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM30,000.00 dan RM10,000.00 untuk peralatan bilik darjah. Pada tahun 2011, sebuah garaj kereta untuk guru-guru dan beberapa baik pulih bilik darjah telah dilaksanakan dengan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM20,000.00. Tambahan lagi, peruntukan sebanyak RM10,000.00 telah dibekalkan untuk beberapa kelengkapan pejabat dan bilik guru. Kini (2012) sekolah ini mempunyai murid seramai 20 orang serta 12 orang guru.

BILANGAN MURID & BILANGAN GURU TAHUN MURID GURU 1980 49 5 2000 42 5 2010 32 11 2012 20 12

SENARAI BEKAS GURU BESAR TAHUN NAMA GURU BESAR En.Renganathan En.Joseph En.G Rajamanikkam En.A.Thandavan 1963 - 1981 En.S.Annamalai En.Abu Bakar Bin Kadir En.R.Kuppusamy 1987 - 1993 En.M.Perumal 1998 En.M.Arjunan 1998 En.R.Vengadesan 1998 - 2000 En.S.Supramaniam 2000 En.Arumugam Nalli 2000 - 2001 En.Macap 2001 - 2003 En.K.Perienbam 2003 - 2004 Pn.K.Sarojini 2004 - 2008 Pn.A.Amirtha 2008 - kini Pn.A.Rathinakalaimani

PENCAPAIAN SEKOLAH : 1. 2008 (Menyertai National Level Science Fair 2008) 2. 2008 (pelajar pertama Eqwin A/L Joseph mendapat 7A dalam UPSR) 3. 2009 (pelajar seterusnya Navinkumar A/L Mayilvaganam mendapat 7A dalam UPSR) BEKAS PELAJAR YANG MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH 1. Pn.Saraswathy (Guru) 2. En.Sivapragasam (Guru) 3. En.Vijayan (Guru) 4. En.Prabagaran (Guru) 5. En.Balachandran (Guru) 6. En.Jayaganesh (Guru) 7. En.Nirmalkumar (Guru) 8. En.Premkumar (Guru) 9. En.S.Chandrasegaran(Doktor) 10. En.P.Ramachandran [ Pegawai keselamatan industri,(Ketua PIBG sekolah)]


ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH SEKOLAH 1. Anugerah Kecemerlangan UPSR 2009 Daerah Batu Pahat 2. Anugerah Kecemerlangan UPSR 2010 Daerah Batu Pahat

HARAPAN SEKOLAH Mendapat keputusan cemerlang dalam Bidang Kurikulum dan Kokurikulm pada masa yang akan datang serta melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani ,intelek dan sosial.

'Teks condongTeks tebal

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sri Gading
Kb:510, Ladang Sri Gading
83009, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Telefon = 6074559866
Fax = 6074559866

Pautan luar[sunting | sunting sumber]