Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Tun Aminah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Tun Aminah
Lokasi
 Malaysia Jalan Perkasa 1, Taman Tun Aminah, 81300, Skudai,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6075560012
Kod sekolahJBD8002
Guru besarREVINDRAN A/L P.NARAYANAN NAIR [1]
Faks6075560012


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Tun Aminah atau nama ringkasnya SJK(T) Taman Tun Aminah, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Jalan Perkasa 1, Taman Tun Aminah.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Tun Aminah memiliki 958 pelajar lelaki dan 1100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2058 orang. Ia mempunyai seramai 92 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini bermula sejak zaman penjajahan Inggeris, sebagai sebuah sekolah Tamil telah didirikan di Ladang Linden. Sekolah ini pada asalnya telah dinamakan sebagai Saraswathy Tamil School, dan menggunakan sebuah pondok kecil yang digunakan sebagai pentas drama sebagai kelas belajar.

Pada tahun 1946, En. K.R. Ramasamy Naidu berkhidmat sebagai Guru Besar pertama dengan mempunyai sejumlah 15 orang murid. Pada tahun 1948, sebuah rumah pengurus telah diubahsuai untuk dijadikan bangunan sekolah.

Pada tahun 1958 , bilangan murid telah bertambah dari 25 orang ke 50 orang murid. Ini telah menyebabkan bilangan guru ditambah kepada 2 orang . Nama sekolah ini telah ditukar kepada Standard Type Primary Tamil School , Linden Estate.

Pada tahun 1961 hingga 1967 , bilangan guru telah bertambah kepada 5 orang dan bilangan murid pula meningkat sehingga 100. Pada tahun 1966 , satu bangunan tambahan telah dibina dan bangunan lama telah diubahsuai.

Pada tahun 1973 , En.R.Ramasamy telah dilantik sebagai Guru Besar. Dalam jangka masa ini sebuah laluan berzink telah dibina untuk menghubungkan dua bangunan sekolah ini. Sebuah tandas, gelanggang badminton dan padang permainan telah disediakan.

Dua sesi persekolahan telah dimulakan pada tahun 1983.Pada tahun 1989, bilangan murid telah meningkat seramai 350 orang dan sekolah telah ditingkatkan dari Gred C ke Gred B dan seramai 3 orang penolong kanan telah dilantik.Pada bulan Ogos 1991, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan UTM dan sebuah bangunan didirikan oleh PIBG.

Pada 01.05.1994 sekolah ini telah ditingkatkan ke Gred A. Pada 20.03.1995 , upacara meletakkan batu asas untuk bangunan baru di Taman Tun Aminah telah dilaksanakan. Pada 16.02.1997 , bangunan baru di Taman Tun Aminah telah disiapkan sepenuhnya dan mula digunakan.

Pada 14.09.1998 , bangunan baru yang terdiri daripada 2 blok bertingkat dua dengan sebanyak 12 bilik darjah , sebuah bilik sains , sebuah bilik Kemahiran Hidup , sebuah bilik Perpustakaan , sebuah bilik Guru , pejabat , tandas murid dan guru dan sebuah kantin yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Dr. S. Samyvellu.

Pada tahun 1999, sebuah bangunan tambahan yang terdiri daripada dua buah bilik darjah telah didirikan.Bangunan tambahan 5 bilik darjah dengan dewan telah didirikan pada tahun 2002.

Pada tahun 2006 sebuah bangunan tambahan empat tingkat dibina dengan kos sebanyak RM 1.5 juta ringgit. Bangunan ini dapat disiapkan dalam masa lapan bulan. Bangunan ini mempunyai bilik-bilik khas seperti bilik kesihatan , bilik bimbingan dan kaunseling , bilik SPBT , bilik muzik , bilik ICT , bilik mesyuarat dan bilik PIBG. Dengan terbinanya bangunan ini segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak sekolah dapat diatasi sepenuhnya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Tun Aminah
Jalan Perkasa 1, Taman Tun Aminah
81300, Skudai
Johor, Malaysia
Telefon = 6075560012
Faks = 6075560012

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]