Sekolah Kebangsaan Alor Janggus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Alor Janggus
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Map


Sekolah Kebangsaan Alor Janggus atau nama ringkasnya SK Alor Janggus, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Sekolah               

SK Alor Janggus ditubuhkan pada tahun 1956. Asalnya dua buah bangunana papan satu tingkat (blok  A & blok B) yang digunakan hingga kini. Perasmian sekolah ini disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah yang pada masa itu ialah Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Mac 1957. Pada tahun 1970, sebuah bangunan dua tingkat telah didirikan. Bangunan itu siap didirikan pada tahun 1971 dan dinamakan bangunan blok C seperti yang ada sekarang.

SK Alor Janggus terus maju dan berkembang sehingga sebuah lagi bangunan satu tingkat dibina dalam tahun 1989 bernilai RM 40,000.00 iaitu blik D. Dalam tahun yang sama Pusat Kegiatan Guru juga didirikan dalam kawasan sekolah.

Kini, SK Alor janggus mengembangkan sayapnya dengan mempunyai sebuah bangunan empat tingkat yang telah siap dibina pada Disember 2009. Sebelum ini, sesi persekolahan hanya berlaku pada sebelah pagi sahaja, namun setelah bermulanya pembinaan bangunan baru ini, sesi persekolahan telah dijalankan sebelah petang juga.

dan kini bangunan baru ini siap penuh dibina, sesi persekolahan dijalankan pada waktu pagi seperti biasa.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]