Sekolah Kebangsaan Ampangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ampangan
Lokasi
 Malaysia Km 4 Jln Kuala Pilah, Ampangan, 70400, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6067612018
Kod sekolahNBA4021
Faks6067612018
Map


Sekolah Kebangsaan Ampangan atau nama ringkasnya SK Ampangan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 4 Jln Kuala Pilah, Ampangan.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ampangan memiliki 609 pelajar lelaki dan 564 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1173 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

VISI KPM =PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI KPM=MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

VISI SKA=SKA AKAN MENJADI ANTARA SEPULUH BUAH SEKOLAH TERBAIK DI NEGERI SEMBILAN MENJELANG 2018

MISI SKA=BERUSAHA MEMBERIKAN PEMBELAJARAN YANG TERBAIK BERASASKAN PENGGUNAAN OPTIMUM MELALUI TEKNOLOGI TERKINI DAN LAMAN MAYA

LAGU SEKOLAH

DI BAWAH SATU BUMBUNG MULIA, 

SEKOLAH AMPANGAN, 

KAMI DIDIDIK SETIA JAYA, 

PENUH DENGAN PENGALAMAN, 

SATU LAPAN LAPAN TUJUH MULA TARIKH WUJUDNYA,

BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA MENUJU KE GERBANG JAYA.

KAWAN-KAWAN MESTI SEDIA, 

MARILAH KITA BERUSAHA, 

SUPAYA TERCAPAI CITA-CITA, 

MENJADI RAKYAT BERJASA, 

KAMI SENTIASA BERSIAP SEDIA

IKUT DIDIKAN BERJASA 

KAMI TETAP MENGENANG BUDINYA  

KERANA PASTI AKAN BERJAYA

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ampangan telah wujud sebelum tahun 1887 pemerhatian dan kajian ini dibuat berdasarkan kepada sumber pertama berupa sepucuk surat yang ditulis oleh En. Mohammad b. Mohammad Aris bertarikh 7 Mei 1887, yang isi kandungannya tentang perlantikan beliau sebagai guru di Vernacular School Empangan pada awal penubuhannya sekolah ini telah dikenali sebagai Vernacula School Ampangan. Beliau disahkan dalam jawatan pada 7 Mei 1889 iaitu 2 tahun kemudian berdasarkan

kepada hipotesis berikut menunjukkan Sekolah Kebangsaan Ampangan adalah antara sebuah daripada 3 buah sekolah vernakular yang tertua di Negeri Sembilan.   

  Pada Awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 41 orang pelajar dengan elaun guru sebanyak 60 Ringgit. Bangunan pertama sekolah vernakular ini dibina oleh penduduk kampung dengan menggunakan atap ijuk, dinding pelepah dan berlantaikan tanah. Namun demikian, pada tahun 1930, Kerajaan British pada masa itu telah merobohkan bangunan tersebut dan mendirikan bangunan baru berbentuk segi empat (sama seperti bangunan S.K Terachi sekarang).

      Semasa era pemerintahan Jepun sekolah ini dijadikan sekolah Bahasa Jepun. Namun apabila kembalinya British ke Tanah Melayu sekitar tahun 1945, Sekolah Ampangan telah berpindah ke surau Besar Tuan Sheikh Abdullah B. Hj Mohd Said di Bt 2 Jalan Jelebu dan selepas sekitar tahun 1947 ia berpindah semula ke Ampangan dua tahun kemudian.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ampangan
Km 4 Jln Kuala Pilah, Ampangan
70400, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067612018
Fax = 6067612018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]