Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Map


Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok atau nama ringkasnya SK Bandar Baru Sintok, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah. Pembinaan bangunan sekolah SK Bandar Baru Sintok di tanah seluas 11 ekar bermula pada tahun 1995. Ianya terletak di Jalan Universiti Utara Malaysia dalam Mukim Temin. SKBBS dibina bersama-sama Sekolah Menengah di dalam kawasan yang sama dan hanya dipisahkan oleh pagar sekolah.

Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan setinggi 4 tingkat, sebuah kantin, tempat perhimpunan, padang permainan (dikongsi bersama sekolah menengah) dan sebuah makmal komputer. Sekolah ini mempunyai sebuah kelas PraSekolah yang mula dibuka pada tahun 2002 dan 12 kelas aliran perdana. Setiap Tahun mempunyai dua kelas iaitu JATI dan TEJA. Pada 01 Januari 2002 juga, sebuah kelas Pendidikan Khas turut disediakan dengan pengambilan murid pertama seramai 6 orang.

Sejarah awal sekolah ini bermula dengan siapnya bangunan sekolah pada penghujung tahun 2001. Kumpulan pertama guru seramai 19 orang termasuk seorang pembantu tadbir, seorang pembantu operasi memulakan tugas di sekolah ini. Murid sulung seramai 385 orang melangkah masuk ke sekolah ini dengan rasminya pada 01Januari 2001. Pada peringkat awal hanya terdapat 10 kelas yang terdiri daripada Tahun 1 hingga Tahun 5.

Sebelum siapnya bangunan sekolah ini, kumpulan guru dan murid ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara selama setahun.  Kini (2018) SK Bandar Baru Sintok menampung murid seramai 1179 orang.  Bilangan guru pula mencecah 77 orang dan staf sokongan seramai 9 orang.  


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

06010 Sintok, Kedah Darul Aman

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]