Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Segamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Segamat
Lokasi
Jalan Putra 2/25, Bandar Putra, 85000, Segamat,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoAkal, Amal, Cekal
Ditubuhkan (2004-01-02) 2 Januari 2004 (umur 20)
Nombor sekolah+6079432616
Kod sekolahJBA7049
Guru besarPn. Rosnani binti Aminon
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Roainis binti Mohd Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Md. Yusoff bin Ab. Hamid
Penolong Kanan KokurikulumEn. Saiful Bahar bin Darus
Faks+6079432616


Sekolah Kebangsaan Bandar Putra atau nama ringkasnya SK Bandar Putra, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Putra 2/25, Bandar Putra.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Putra memiliki 424 pelajar lelaki dan 350 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 774 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.

Terkini pada tahun 2024, SKBPS mempunyai seramai 895 orang murid dan seramai 67 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama sekolah kebangsaan Bandar Putra ini dipilih bersempena nama taman perumahan Bandar Putra kelolaan IOI Properties Bhd. Ia dibina di bawah projek secara rundingan terus ‘Design & Bulit’ untuk Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan dimulakan pada 17 Jun 2001 dan siap dibina sepenuhnya kemudian diserahkan kepada JKR/PMC pada 20 Oktober 2004.

Sekolah ini mula beroperasi mulai bulan Disember 2004, dengan beberapa orang tenaga penggerak mula mengatur langkah merancang dan melaksanakan tugas bagi memastikan perjalanan sekolah terutamanya pada hari pertama sesi persekolahan 2004 berjalan dengan lancar. En. Abdul Rahman bin Ibas, Puan Azian binti Abdul Hamid, En. Sulaiman bin Baharom dan beberapa orang guru telah memulakan tugas. Mesyuarat pertama bersama Guru Besar, En. Abdul Rahman bin Ibas telah diadakan pada hari Selasa (23 Disember 2004) bersama warga pendidik cemerlang SKBPs.

Berkat komitmen dan penghayatan “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” beberapa aktiviti awal seperti Majlis Yassin/Tahlil & Doa Selamat (1 Januari 2005), Pendaftaran dan Pembayaran Yuran (2 Januari 2005), Hari Pertama Sesi Persekolahan (5 Januari 2005) dan Majlis Pelancaran Pengoperasian Sekolah pada 12 Januari 2005 berjaya dilaksanakan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kecemerlangan Tertinggi SKBPS telah mencapai peringkat Antarabangsa. Baru-baru ini, sekolah tersebut telah melakukan lawatan pengantarabangsaan Malaysia-Indonesia serta Malaysia-Thailand.

SKBPS bukan sahaja telah melakukan lawatan melalui peringkat Antarabangsa. Malah, banyak pertandingan atau kejohanan yang melibatkan sekolah ini adalah peringkat negeri, antarabangsa, MSSJ dan sebagainya seperti Kejohanan Dato' Bandar Kuala Lumpur : Taekwondo International Championship 2018 serta Anugerah Nilam Peringkat Johor dan Kebangsaan selama 2-3 tahun berturut-turut.

SKBPS terus mengorak kecermelangan hampir setiap bulan pada setiap tahun dan akan dikongsi di Laman Sesawang Rasmi Sekolah dan juga melalui media sosial (Facebook).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bandar Putra
Jalan Putra 2/25, Bandar Putra
85000, Segamat
Johor, Malaysia
Telefon = 6079432616
Fax = 6079432616

Pautan luar[sunting | sunting sumber]