Sekolah Kebangsaan Batang Benar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Batang Benar
Lokasi
Jalan Masjid Batang Benar, 71700, Mantin,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoHebat Fokus Cemerlang
Autoriti pendidikanPPD SEREMBAN
Sesi2 Sesi (pagi dan petang)
Nombor sekolah6067994277
Kod sekolahNBA4009
Pengerusi PIBGENCIK KHAIRUL AZMI BIN YAHAYA
Guru besarENCIK SABARUDDIN BIN AB RAHMAN
Tenaga pengajar84
Jumlah penuntut1534
GPK Pentadbiran dan AkademikPUAN HAJAH ROSLIZA BINTI ZAKARIA
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridENCIK HERWAN BIN HUSSIN
Penolong Kanan KokurikulumENCIK SHAMSUL HAIME BIN MOHAMAD NOOR
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangPUAN HARYANTI BINTI ABDUL HALIM
Faks6067994277
Map


Sekolah Kebangsaan Batang Benar atau nama ringkasnya SK Batang Benar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid Batang Benar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batang Benar memiliki 340 pelajar lelaki dan 337 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 677 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Batang Benar ditubuhkan pada tahun 1948, asalnya hanya bangsal beratap rumbia,Tidak berdinding dan berlantaikan tanah. Kedudukannya bersebelahan masjid lama Kampung Batang Benar merupakan hasil kerja gotong-royong penduduk kampung tersebut. Guru Besar pertama ialah Cikgu Mahmud dan disusuli oleh Cikgu Abdul Ghani. Terdapat seramai tiga orang tenaga pengajar dengan muridseramai 50 orang.

Pada tahun 1963, sebuah bangunan sekolah mengandungi empat buah bilik dibina oleh pihak kerajaan di mana kedudukannya di antara Kampung Sungai Mahang dengan Kampung Batang Benar. Terdapat seramai tujuh orang tenaga pengajar dan dua orang pekerja am. Bilangan murid telah meningkat kepada seramai 108 orang.

Pada tahun 1988 sebuah bangunan tambahan 5 bilik darjah telah dibina oleh pihak kerajaan. Kemudian sebuah surau sekolah dibina pada tahun 1996 dengan usaha Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Pada tahun 1997, sebuah bangunan mengandungi tiga buah bilik dibina terdiri daripada bilik perpustakaan, pejabat, bilik Guru Besar dan bilik guru. Pada ketika ini terdapat seramai 20 orang tenaga pengajar, seorang kerani dan 3 orang pekerja am. Pada tahun 1999, sebuah padang sekolah dibina yang sebelumnya tempat ini adalah merupakan kebun durian.

Senarai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batang Benar -[sunting | sunting sumber]

01. Ustaz Haji Kamaruddin bin Haji Latif - 1988 hingga Jan 1995

02. Encik Yazid bin Md. Yusof - 27 Februari 1996 hingga 16 Disember 1996

03. Puan Masitah bt Mohd Yasin - 17 Disember 1996 hingga Mei 1999

04. Tuan Haji Nordin bin Shaari - 22 Mei 1999 hingga 4 Januari 2001

05. Puan Hajah Siti Hayati bt Alias - 17 Januari 2001 hingga 17 September 2003

06. Puan Norlida bt Ayob - 1 November 2003 hingga 16 Disember 2005

07. Puan Hajah Zakiah bt Isa - 1 Februari 2006 hingga 24 Januari 2008

08. Puan Nadiah Chin bt Abdullah - 1 April 2008 hingga 1 Oktober 2009

09. YM Raja Azian bt Raja Ali - 19 September 2009 hingga 18 Mac 2011

10. Encik Jalal bin Taib - 21 Mac 2011 hingga 16 Jun 2014

11. Encik Baharom bin Alias - 16 Jun 2014 hingga 1 Mac 2017

12. Encik Shahrin bin Kamarudin - 20 April 2017 hingga 30 jun 2019

13. Encik Sabaruddin bin Ab Rahman - 30 jun 2019 hingga kini

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami warga SKBB

Memegang satu tekad

Mengatur langkah baru

Wawasan yang gemilang

Kegagalan yang lalu

Kami jadikan landasan

Memupuk azam baru

Menggenggam kejayaan

Hormat kepada guru

Rakan dan ibubapa

Bersemangat kesukanan

Agama jadi panduan

Kami warga SKBB

Bersatu bersepakat

Cekal, tegas, berbudi

Dunia akhirat selamat


Penulis Lirik & Penciptaan :

Puan Fuziah bt Alias & En Hadi


Gubahan Lagu :

Puan Nor Haniza bt Abdul Aziz & Puan Gantharubi A/P Palaniappan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Batang Benar
Jalan Masjid Batang Benar
71700, Mantin
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6067994277
Fax = 6067994277

Pautan luar[sunting | sunting sumber]