Sekolah Kebangsaan Batu 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Batu 3
Lokasi
 Malaysia Km.5, Jln Mersing, 86000, Kluang,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6077711736
Kod sekolahJBB2052
Faks6077711736
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Batu 3 atau nama ringkasnya SK Batu 3, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km.5, Jln Mersing.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Batu 3 memiliki 510 pelajar lelaki dan 465 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 975 orang. Ia mempunyai seramai 60 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di sebalik rimbunan pohon yang menghijau tersergam sebuah sekolah yang berdiri megah yang terletak 5KM dari Bandar Kluang.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1968 dan diberi nama Sekolah Rendah Bandar Inggeris Kluang. Pada tahun 1968 sehingga 1972 sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil (SSAJ) dan Sekolah Menengah Tengku Aris Bendahara (STAB) kerana tidak mempunyai bangunan sendiri.

Sehinggalah pada tahun 1973, barulah sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Pada tahun tersebut, kantin dan blok A telah berjaya dibina yang sekarang ini menempatkan murid-murid Tahun 6.

Pada tahun 1982, sebuah perpustakaan telah dibina bagi memudahkan murid-murid mentelaah pelajaran. Sebuah kedai koperasi telah dibina bersebelahan dengan perpustakaan. Selain itu 2 blok tambahan telah dibina pada tahun 1986. Ia telah dijadikan Bilik Kemahiran Hidup dan kelas murid-murid tahun 4 telah ditempatkan di situ.

Tahun 1989 sebuah blok 3 tingkat iaitu blok B telah dibina untuk dijadikan kelas dan bilik khas. Pada tahun 2001 sebuah makmal komputer dan bangunan 4 tingkat telah dibina untuk dijadikan kelas dan bilik khas.

Pada mulanya, kelas-kelas di sekolah ini diberi nama mengikut abjad iaitu A, B, C dan D. Selepas itu ditukar mengikut warna iaitu Hijau, Merah, Kuning, Biru dan Putih. Pada tahun 1990 iainya ditukar kepada T(Tabah), B(Berkat), K(Kurnia), R(Restu) dan S(Setia).

Pada tahun 1997, Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 3, Kluang telah ditukar namanya menjadi Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kluang.

Pada tahun 2010 sekolah mendapat sebuah bangunan gantian (blok 4 tingkat) yang mempunyai 6 bilik darjah, bilik-bilik khas dan juga sebuah kantin. Bangunan ini mula digunakan pada 1 Januari 2011.

Bangunan lama / asal sekolah ini telah dinaiktaraf untuk dijadikan Pusat Kegiatan Guru yang lokasi asal di SMK Jalan Kota Tinggi dan mula beroperasi pada 2 Disember 2010 - 20 Disember 2011.

Pada 21 Disember 2011, PKG Kluang Timur telah berpindah ke bangunan PPD lama di Jalan Sekolah dan bangunan lama tersebut telah dijadikan Bilik Gerakan Panitia Matapelajaran.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah menjadi johan bicara berirama zon paloh dan berjaya memasuki pertandingan choral speaking peringkat negeri.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Batu 3
Km.5, Jln Mersing
86000, Kluang
Johor, Malaysia
Telefon = 6077711736
Fax = 6077711736

Pautan luar[sunting | sunting sumber]