Sekolah Kebangsaan Buit Hill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Buit Hill
Lokasi
Peti Surat 147, 89507, Penampang,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088764369
Kod sekolahXBA4103
Faks6088761063


Sekolah Kebangsaan Buit Hill atau nama ringkasnya SK Buit Hill, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 147.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Buit Hill memiliki 228 pelajar lelaki dan 219 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 447 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hasil permuafakatan kampung-kampung berdekatan yang diketuai oleh OKK Lajunga dan Ketua anak Negeri OKK Ewan Empok, maka persetujuan dicapai agar sebuah sekolah dibina, untuk memenuhi keperluan pelajaran anak-anak pada masa itu.

Atas usaha tersebut, maka pada tahun 1939 berdirilah sebuah sekolah dengan kos ditanggung kerajaan sepenuhnya. Sekolah tersebut dibina di Kampung Buit Hill dengan nama Government Primary School Buit Hill Putatan.

Setelah negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Buit Hill Putatan. Apabila negara maju setapak memperjuangkan kedaulatan bahasa kebangsaan, maka Sekolah Rendah Kebangsaan Buit Hill sekali lagi bertukar kepada Sekolah Kebangsan Buit Hill Putatan sehingga ke hari ini.

Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya terdiri daripada bangunan tanpa tiang yang berlantaikan simen dan dinding bercat hitam. Bangunan ini hanya memuatkan dua bilik darjah. Apabila mula beroperasi pada Febuari 1939, sekolah ini diterajui oleh seorang Guru Besar dan seorang guru penolong dengan 20 orang murid.

Kemasukan murid pada masa itu dianggap unik

kerana pengambilan adalah berdasarkan saiz fizikal dengan ketinggian sekurang-kurangnya 3.5 kaki.

Walaupun hidup dalam sosioekonomi yang tidak menentu, pihak sekolah pada masa itu amat menitikberatkan kesihatan pelajarnya. Atas dasar itulah pihak sekolah melaksanakan rancangan minuman susu. Penduduk kampung bersetuju bergilir-gilir menghantar kerbau ternakan mereka ke sekolah untuk diperah susunya. Perahan ni dimasak dan kemudian diagih-agihkan kepada 20 orang murid sebagai minuman berkhasiat.

Setelah jumlah murid berkembang pesat, akhirnya lima buah bangunan baru dibina menggantikan bangunan asal yang dirobohkan. Bangunan baru ini terdiri daripada 13 bilik termasuklah bilik darjah, bilik guru, bilik Guru Besar dan sebuah stor.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Buit Hill
Peti Surat 147
89507, Penampang
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088764369
Fax = 6088761063

Pautan luar[sunting | sunting sumber]