Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh
Lokasi
 Malaysia (Jheoa) Kg. Bukit Gemuruh, BANDAR BERA, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Murid Orang Asli, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0
Kod sekolahCBAA001
Pengerusi PIBGJohari b. Salam
Guru besarMohd Shah b. Mohd Ali
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Hjh Ramnah bt. Adam
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridKu Yusri b. Ku Budin
Penolong Kanan KokurikulumJogan b. Salam
Faks0


Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh atau nama ringkasnya SK Bukit Gemuruh, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di (Jheoa) Kg. Bukit Gemuruh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh memiliki 91 pelajar lelaki dan 62 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 153 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh bermula dengan terbinanya pondok kecil pertama yang telah dibangunkan secara gotong-royong oleh masyarakat setempat dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) daerah Temerloh yang menawarkan pendidikan awal bagi masyarakat orang asli di sini sejak tahun 1974

Pada tahun 1977 pihak JHEOA dengan kerjasama masyarakat kampung telah bergotong-royong menambah sebuah lagi bangunan sekolah beserta 2 unit rumah guru di atas tanah seluas seekar yang didermakan oleh Batin Han. Pada tahun 1974, seramai 23 orang murid mendaftar bagi memulakan sesi persekolahan pertama di sekolah ini. Dengan bantuan seorang tenaga pengajar iaitu Encik Othman bin Mali (salah seorang Pembantu Luar Bahagian Pendidikan JHEOA), sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan.

Bilangan murid ketika itu hanya melibatkan dua buah kampung sahaja iaitu Kampung Bukit Gemuruh dan Kampung Paya Buloh. Sistem persekolahan hanya setakat tahun 3 sahaja (tahap satu) ,manakala untuk tahap dua murid akan bersekolah di SK Bukit Rok (20km dari Bukit Gemuruh). Ini kerana terdapat kemudahan asrama di situ yang dapat menampung bilangan pelajar dan akhirnya dapat membantu anak-anak Orang Asli menerima ilmu sama seperti kaum lain.

Apabila pengambilalihan sekolah dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, arus pendidikan di Kampung Bukit Gemuruh telah mula menampakkan perubahan. Bilangan murid semakin bertambah dan dalam data terkini 2013 murid di SK Bukit Gemuruh telah mencapai kepada 127 orang dan terdapat 17 orang murid lagi di kelas Pra sekolah. Hakikatnya, perpindahan sekolah dari bangunan lama yang tidak selesa ke bangunan sekarang yang jauh lebih baik, sesuai dengan perkembangan zaman. Pada Januari 2004 bangunan yang serba lengkap ini telah digunakan sepenuhnya dengan kemudahan yang dapat membantu anak-anak orang asli di sini belajar seperti di tempat lain yang lebih selesa.

Masyarakat Orang Asli sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh (JHEOA) terdiri daripada suku kaum Melayu Asli iaitu suku bangsa Semelai. Terdapat bukti arkeologi yang menunjukkan kaum Semelai ini telah menetap di sekitar Tasek Bera di Daerah Bera Pahang ini sejak lebih 600 tahun.(Gilbert Almedia,2002). Sebelum berlakunya darurat, penempatan masyarakat kaum Semelai adalah secara bertaburan di sekitar Tasek Bera, Sungai Triang, Paya Besar, dan Paya Badak.

Tempat ini dikenali sebagai bukit gemuroh kerana didapati waktu-waktu yang tertentu di kawasan ini mengeluarkan bunyi yang bergemuruh, bunyi tersebut datangnya dari sebatang anak sungai yang mengalir di kawasan tersebut.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh
(Jheoa) Kg. Bukit Gemuruh
28200 Bandar Bera
Pahang, Malaysia
Telefon = 0
Fax = 0
gmail = cbaa001bera@gmail.com.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]