Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) merupakan jabatan kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi menguruskan dan memajukan Orang Asli yang tinggal di pedalaman Malaysia terutama berhampiran air terjun, jeram dan banjaran gunung.

Masyarakat Orang Asli berhadapan masalah tanah mereka diambil dengan bayaran yang rendah untuk pembangunan negara. Antaranya ialah pembinaan jalan raya, lebuh raya dan empangan janakuasa elektrik.

Pegawai JHEOA berusaha memberikan pendidikan percuma kepada Orang Asli. Namun begitu ramai yang tidak ke sekolah atau sekerat jalan sahaja berikutan masalah kewangan dan jauh dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia memberi buku teks, alat tulis dan pakaian percuma kepada pelajar Orang Asli.

Kehidupan mereka amat daif sekali. Mereka akan bernasib baik jika diberi rumah baru menggantikan rumah lama yang dibuat daripada buluh dan anak kayu hutan. Bekalan air paip percuma dari empangan kecil di punca air terjun selalu terganggu kerana tiada pemantauan. Kebanyakan tanah Orang Asli dimajukan oleh RISDA dengan tanaman getah. Malangnya harga getah jatuh merudum di pasaran antarabangsa. Tiang-tiang elektrik diusahakan ke perkampungan mereka walaupun jauh di pedalaman dan bertaburan.