Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka
Center
Lokasi
Taman Desa Cempaka,, 71800, Nilai,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoDINAMIS, CEMERLANG, GEMILANG
Nombor sekolah6067990611
Kod sekolahNBA4040
Faks6067990611
Map


Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka atau nama ringkasnya SK Desa Cempaka, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Taman Desa Cempaka.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka memiliki 561 pelajar lelaki dan 568 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1129 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Lagu Sekolah

Sekolah indah tercinta Dan gurunya yang berjasa Membimbing mencapai cita Jasamu takku lupa

Berdisiplin hemah tinggi Berilmu berdikari Kecemerlangan dan jati diri Zaman sains teknologi tinggi

Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka Membimbing mencapai cita Mari bersama sumbang tenaga Mencapai cita mulia

Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka Membimbing mencapai cita Mari bersama sumbang tenaga Mencapai cita mulia

Sekolah dinamis cemerlang gemilang SKDC kan berjaya

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2017

● Arissa Farhana, pelajar tahun 6 meneruskan legasi SKDC bergelar johan pidato Bahasa Melayu peringkat daerah selama 3 tahun berturut-turut.

2016

● Nazmi Afham wakil pidato Bahasa Melayu telah mendapat tempat ke-5 dari keseluruhan wakil 16 negeri di peringkat kebangsaan.

2015

● Pasukan Bahas sekolah ini telah berjaya mendapat johan dalam peringkat negeri.

● Seorang pelajar lelaki tahun 6 telah mewakili daerah Seremban 1 dalam perlawanan bola sepak di peringkat negeri.

● Seorang pelajar perempuan tahun 6 telah mewakili daerah Seremban 1 dalam acara Merentas Desa peringkat negeri dan mendapat tempat ke-8.

● 4 orang pelajar tahun 6 telah mewakili sekolah dalam Perkhemahan Badan Beruniform Puteri Islam di peringkat daerah. Mereka telah berjaya merangkul gelaran Johan Ikatan dan Gajet. 2 orang dari 4 pelajar tersebut masing-masing telah menerima anugerah Kumpulan Rohani Terbaik dan Kumpulan Tatacara Terbaik. Mereka seterusnya mewakili daerah Seremban 1 di peringkat negeri dalam acara Ikatan dan Gajet dan sekali lagi berjaya bergelar johan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka
Taman Desa Cempaka,
71800, Nilai
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6067990611
Fax = 6067990611

Pautan luar[sunting | sunting sumber]