Sekolah Kebangsaan Dumpar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Dumpar
Lokasi
JKR 390, Jln Junid, 84000, Muar,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6069546343
Kod sekolahJBA5018[1]
Guru besarPn. Wahida bt. Rosdi
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Ramli bin Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Sa`diah binti Rahmat
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mohd Rashid bin Umar
Faks6069546343
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Dumpar atau nama ringkasnya SK Dumpar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 390, Jln Junid.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Dumpar memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 251 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.April 2018[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dumpar pada asalnya bermula sebagai Sekolah Dumpar Tinggi Muar. Perkataan "Dumpar" dalam nama sekolah diambil sempena daripada perkataaan "dampar", ini adalah kerana keadaan pantai di Jalan Junid kelihatan terdampar luas. Lantas sekolah yang terletak dikawasan pantai yang terdampar luas itu dinamakan Sekolah Dumpar. Pada masa dahulu simpang empat di Jalan Khalidi - Jalan Abdul Rahman yang sekarang ini diadakan bulatan (round-a-bout) juga dikenali sebagai simpang empat Dumpar.

Sekolah Kebangsaan Dumpar yang ada kini telah mula dibina pada tahun 1930. Ia digunakan pada awal tahun 1931 dengan nama Sekolah Melayu Dumpar Tinggi. Guru Besar pertamanya ialah En. Ibrahim bin Muhamad. Aliran kelasnya bermula dari darjah tiga dan empat. Murid darjah satu dan dua di tempatkan di Sekolah Melayu Dumpar Rendah ( Sekarang ini telah dirobohkan dan berdekatan dengan asrama Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar). Keistimewaan sekolah ini pelajar yang bersekolah di sini yang tamat darjah empat boleh menjadi guru.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dumpar
JKR 390, Jln Junid
84000, Muar
Johor, Malaysia
Telefon = 6069546343
Fax = 6069546343

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]