Sekolah Kebangsaan Genting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Genting
Lokasi
Balik Pulau, 11000, Balik Pulau,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah048660830
Kod sekolahPBA3003
Faks6048664134


Sekolah Kebangsaan Genting atau nama ringkasnya SK Genting, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Balik Pulau.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Genting memiliki 295 pelajar lelaki dan 300 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 595 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tarikh sebenar sekolah ini didirikan tidak dapat dipastikan tetapi dapat diagak iaitu lebih kurang tahun 1886, iaitu di Kampung Genting. Perkara ini mengikut rekod seorang murid tua yang bernama Encik Sahid bin Ismail dalam tahun 1908 di mana nombor rekod pendaftarannya ialah 345. Bangunan lama didirikan dalam tahun 1914

Sebelum Perang Dunia ke-2, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Sebelum tahun 1935, sekolah ini mempunyai 4 bilik darjah sahaja, iaitu dari darjah satu hingga darjah empat sahaja. Mulai tahun 1935, sekolah ini telah mewujudkan kelas sehingga darjah lima manakala pada tahun 1940, darjah enam pula diwujudkan.

Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua pada 18.12.1941, pelajaran di sekolah ini terhenti buat sementara waktu. Pelajaran di sekolah ini di sambung semula di bawah pentadbiran tentera Jepun pada 01.09.1942 dengan mengikuti sistem pelajaran Jepun. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Jepun sehinggalah tamat Perang Dunia ke-2.

Setelah tamat Perang Dunia ke-2, pada 15.08.1954, tentera British pula mengambil alih pentadbiran sekolah dan diberi nama Sekolah Melayu. Dalam tahun 1950-an, pelajaran Bahasa Inggeris dimulakan. Pada tahun 1952 Sekolah Melayu telah di tukar menjadi Sekolah Umum. Darjah 6 khas dimulakan pada tahun 1953. Pada tahun 1960, Sekolah Umum ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan sehinggalah ke hari ini. Pada tahun 1961, pelajaran agama telah dimasukkan sehinggalah sekarang.

Bangunan lama digantikan dengan bangunan baru dalam Rancangan Malaysia Kedua. Bangunan kedua separuh lama didirikan dalam tahun 1952 iaitu bangunan 2 tingkat, manakala bilangan bilik darjahnya tidak sesuai dengan perkembangan hari ini.

Bangunan baru yang didirikan dalam tahun 1961 telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Wong Pau Nee iaitu Menteri Besar Pulau Pinang pada ketika itu. Bangunan ini tidak dilengkapi dengan sebarang kemudahan seperti bilik stor, bilik guru dan beberapa bilik lain. Sekolah ini juga tidak mempunyai padang yang luas untuk kemudahan padang permainan.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Genting
Balik Pulau
11000, Balik Pulau
Pulau Pinang,  Malaysia
Telefon = 6048660830
Fax = 6048664134

SENARAI NAMA GURU BESAR SEJAK 1919[sunting | sunting sumber]

NAMA TAHUN BERTUGAS
  • ENCIK DIN BIN CHE MAT 1919 – 1920
  • ENCIK ARSHAD BIN YAHYA 1925 – 1926
  • ENCIK ABAS BIN KASSIM 1926 – 1927
  • ENCIK JOHAR BIN KASSIM 1929 – 1934
  • ENCIK HASSAN BIN SENAWI 1935 – 1938
  • ENCIK HASSAN BIN AWANG 1939 – 1947
  • ENCIK MANSOR BIN HASSAN 1948 – 1950
  • ENCIK OSMAN BIN AHMAD 1951 – 1953
  • ENCIK ABD. RAZAK BIN IDRIS 1954 – 1960
  • ENCIK YAHAYA BIN MOHD YUSUF 1960 – 1970
  • ENCIK A.MAJID BIN A.AKHIR 1970 – 1979
  • ENCIK MD YUSUF BIN AHMAD 1979 – 1980
  • ENCIK MOHD BIN BAKAR 1980 – 1981
  • ENCIK RAHIM BIN MASTAN 1982 – 1986
  • ENCIK MUSTAFA BIN KAMAL 1986 – 1988
  • PUAN RAFTAH BINTI ITAM AHMAD 1988 – 1994
  • ENCIK MOHD YUSUF BIN HASSAN 1994 – 1995
  • ENCIK MOHD SAAD BIN BAKAR 1995 – 2000
  • ENCIK MOHD ZAKI BIN IDRIS 2000 – 2003
  • PUAN HJH SITI HAJAR BINTI ISMAIL 2003 – 2005
  • ENCIK ABD. HAMID BIN ARSHAD 2005 -


Pautan luar[sunting | sunting sumber]