Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoILMU SULUH HIDUP
Nombor sekolah044686249
Kod sekolahKBA3001
Faks044686249
Map


Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat atau nama ringkasnya SK Gurun Pusat, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Gurun (Pusat) ini bermula semenjak kira-kira 59 tahun yang lalu, iaitu dalam tahun hijrah 1332. Tapaknya berhampiran sekali dengan tapak rumah guru besar yang ada sekarang. Keadaannya merupakan sebuah bangunan atap, dinding dan tingkap daripada buluh, tiangnya bulat berlantaikan tanah sahaja.

Pada masa mula-mula dibuka dahulu jumlah murid murid adalah seramai 40 orang sahaja, kesemuanya lelaki. Murid yang pertama sekali berdaftar dan masuk sekolah bernama Md. Isa bin saman (sekarang Allahyarham). Guru yang pertama sekali berkhidmat di sekolah ini ialah En. Mansor bin Ali (sekarang Allahyarham).

Enam tahun kemudian, bangunan sulung yang bersejarah ini telah dirobohkan dan atas runtuhan bangunan lama itu dibina sebuah bangunan baru iaitu lebih dikenali dengan nama Bangunan ‘A'. dalam tahun 1948, sebuah bilik darjah telah ditambah kepada bangunan itu yang merupakan huruf ‘L'.

Pada 13hb April 1951 sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan tersebut dinamakan bangunan tambahan Sekolah Melayu Gurun, terletak kira-kira suku batu dari sekolah ibu. Tapak sekolah tambahan itu menurut yang diketahui ialah bekas tapak pasar minggu yang kemudiannya dijadikan kantin dan akhirnya menjadi tapak sekolah. Perbelanjaan mendirikannya dipikul bersama oleh ibubapa dan penduduk segala bangsa di Daerah Gurun yang pada ketika itu telah mula menumpukan perhatian yang berat mengenai pelajaran.

Semenjak tahun 1954 dan 1955, bangunan tambahan ciptaan rakyat itu berturut-turut diperbesarkan dengan menambah dua bilik darjah lagi Perbelanjaannya ditanggung bulat-bulat oleh waris kanak-kanak yang anak-anak mereka diterima masuk belajar pada awal-awal tahun yang tersebut dan ini juga merupakan satu pengorbanan yang bukan kecil ertinya.

Oleh kerana bilangan kanak-kanak yang akan bersekolah kian bertambah, juga tahun demi tahun, maka pada awal tahun 1956 sebuah bangunan tambahan lagi telah didirikan dan istiadat pembukaan rasmi telah dilangsungkan pada 5hb. Ogos 1956 oleh Tuan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah tuan Syed Hassan Shahabuddin. Walaupun ketika pembukaan itu bangunan tersebut masih belum sempurna betul, akan tetapi seramai 150 murid-murid telah menggunakan bangunan itu. Kira-kira tahun 1957 bangunan yang belum sempurna itu telah dapat disiapkan hasil dari bantuan kewangan oleh Jabatan Pendidikan Kedah. Sekarang ini bangunan itu telah tiada lagi tapaknya masih ada iaitu berhadapan Sekolah Agama Pekan Gurun dimana sekarang ini didirikan bangunan dua tingkat yang dinamakan Aked Mara Gurun.

Pada 29hb. Julai 1957 sebuah bangunan baru ciptaan kerajaan yang didirikan berhampiran dengan sekolah ibu atau sekolah ‘C' telah dirasmikan pembukaannya oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Muda, Allahyarham Tuan Syed Sheh Shabuddin. Bangunan ini mengandungi dua bilik darjah, sebuah Pejabat Guru Besar dan sebuah stor dikenali dengan nama Bangunan ‘B' sahaja. Sekarang ini telah tiada.

Kira-kira pada pertengahan tahun 1959 sebuah bangunan tambahan tertpaksa didirikan pula bagi menggantikan bangunan tambahan yang asal yang telah uzur dan reput dimakan zaman. Kerja-kerja pembinaan bangunan ini diserahkan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Kedah kepada Jemaah Lembaga Pengurus mentadbirnya. Pembukaan rasmi bangunan ‘C' ini telah dilakukan oleh Allahyarham Dato' Omar Shahabuddin Menteri Besar Kedah pada 29hb. Ogos 1959.

Bangunan yang terakhir sekali didirikan oleh kerajaan ialah bangunan baru mengandungi enam bilik darjah dan sebuah bilik pejabat. Kejayaan mendapat bangunan ini ialah hasil rayuan dan desakan oleh Jemaah Lembaga Pengurus yang merasa perlu sekali bangunan tambahan didirikan segera bagi menampung murid-murid yang sentiasa juga meningkat dari tahun ketahun. Bangunan ini telah ditepung tawarkan oleh Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu pada 10hb. Oktober 1968, bangunan tersebut masih ada lagi sekarang ini.

Semua bangunan sekolah terletak atas tanah kerajaan seluas lebih kurang 5 relung semuanya tidak termasuk sebuah padang bola yang seluasnya 3 relung 160 jemba pinggir kawasan sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Telefon : 044686249
Fax  : 044686249

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]