Sekolah Kebangsaan Kampong Kudung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Kudung
Lokasi
Kampung Kudong,, 86500 Bekok, Segamat, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah murid asli
MotoBerilmu dan berbakti
Ditubuhkan1985
Kod sekolahJBA7043
Guru besarTn Hj Jumaat bin Md. Diman, Tn Hj Azali bin Othman, Puan Rosnah binti Yaakob, Datuk Hj Rusdin bin Hj Mahamud, Tn Hj Idris bin Omar, En. Muhammad Ezureen bin Esa
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Kampong Kudung atau nama ringkasnya SK Kampong Kudung, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Kudong, Bekok, Segamat, Johor Darul Takzim. Kampung Kudong merupakan salah satu daripada 6 buah kampung orang asli dari suku kaum Jakun di Bekok.

Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong terletak di dalam Hutan Simpan Labis berhampiran dengan Pekan Bekok. Jarak dari Pekan Bekok ke Pekan Chaah kira-kira 18 km. Jarak dari Pekan Bekok ke Pekan Labis pula kira-kira 30 km, manakala jarak dari Pekan Bekok ke bandar Segamat pula kira-kira 60 km.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Kudung memiliki 66 pelajar lelaki dan 66 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 132 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Kudung
Kampung Kudong,
86500, Bekok, Segamat,
Johor, Malaysia
Telefon = 07-9341935
Laman web =skkgkudong.blogspot.com
e-mel = skkgkudong@gmail.com