Sekolah Kebangsaan Kepayan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kepayan
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 395,Tg. Aru, 88858, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088221490
Kod sekolahXBA4014
Faks6088221490
Sekolah Kebangsaan Kepayan

Sekolah Kebangsaan Kepayan atau nama ringkasnya SK Kepayan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 395,Tg. Aru.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kepayan memiliki 655 pelajar lelaki dan 627 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1282 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kepayan Kota Kinabalu telah dibuka pada tahun 1961,dengan nama Sekolah Anak Polis.Sekolah ini dibuka atas sebab anak-anak polis yang menghadapi masalah kenderaan.

Sekolah ini hanya mempunyai satu bilik darjah yang dipinjamkan oleh pihak polis. Bilik tersebut mereka gunakan untuk sekolah latihan polis bercorak akademik. Pada masa itu bilik tersebut dapat menampung 42 orang murid yang terdiri dari tahun satu dan dua sahaja.

En.Jalumin Jahali adalah guru besar pertama yang mentadbir sekolah ini pada masa itu.Memandangkan beliau seorang yang aktif dan sentiasa sibuk mengendalikan kursus bahasa inggeris diseluruh sabah. Beliau hanya sempat mentadbir sekolah ini selama satu tahun sahaja.Manakala En.Yahya Ahmad Shah adalah guru pertama mengajar di sekolah ini.

Dari setahun kesetahun bilangan pelajar di sekolah ini semakin bertambah dimana pada tahun 1988-1991 jumlah pelajar di sekolah ini meningkat sehingga 1027 orang murid.


Di atas keprihatinan Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Sabah, pada tahun 1992 terbinalah bangunan baru bagi menampung pertambahan murid serta warga sekolah ini yang diterajui oleh seorang guru besar berwibawa yang berasal dari daerah Sipitang.

Tuan Hj.Abd.Karim Tassim seorang guru besar yang banyak melakukan perubahan pada sekolah. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, sekolah ini juga sering menerima kunjungan bukan sahaja dalam negeri malahan negara luar juga sering datang berkunjung ke SK.Kepayan Kota Kinabalu termasuk Jepun dan Brunei Darus Salam. Sekolah ini menjadi sebutan bukan sahaja dari Kurikulum dan KoKurikulumnya yang cemerlang tetapi Keceriaan sekolah ini.Belum sempat menebur bakti,beliau telah dipindahkan ke SK.Pekan Sipitang pada tahun 1994. Jawatan guru besar pada masa itu disandang oleh Penolong Kanan Satu Pg Asri Awang Damit selama setahun.

Pada tahun 1996, guru besar Pn.Hjh Aminah Datuk Md.Ariff juga tidak lama. Beliau juga ditukar ke Bahagian Sekolah Swasta di Jabatan Pendidikan Sabah pada tahun 1997. Semasa beliau berkhidmat di sekolah ini, 11 orang murid telah memperolehi 4A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 1996 ( UPSR ) dan 7 orang murid tahun 3 telah dapat melangkau ke tahun 5 dalam Penilaian Tahap Satu 1997 ( PTS ).

Pada tahun 1997, Pg.Hj.Ajamain Pg.Hamid pula dihantar ke SK.Kepayan menjadi guru besar, banyak perubahan telah dilakukan keputusan UPSR meningkat setiap tahun. Beliau juga tidak lama mencurahkan khidmat bakti, pada tahun 2001 beliau telah pun bersara wajib. Beliau telah digantikan pula oleh Tuan Hj.Ajamain Abd.Mujib pada tahun 2001, beliau seorang yang tegas dengan tugas tetapi senang didampingi oleh Staf. Beliau seorang prihatin dengan orang bawahannya.Beliau telah memperkenalkan GEMA 21 dengan pelbagai program. Program ini telah meluahkan hasilnya dari segi Kurikulum dan Kokurikulum yang dapat membanggakan Warga Kepayan dan Jabatan Pelajaran Sabah.

UPSR meningkat dan KoKurikulum hingga ke peringkat Kebangsaan. Beliau juga tidak lama dan bersara wajib pada tahun 2004.

Pada 04 Ogos 2004, En. Ibrahim Kassim dari Unit Tatatertib Jabatan Pelajaran Sabah telah dihantar ke S.K Kepayan menjadi guru besar. Jabatan Pelajaran Sabah dibawah SPPK telah memilih sekolah ini mengikuti pertandingan 3K peringkat kebangsaan dan terpilih juga menjadi sekolah impian 2006 - 2010. Beliau mempunyai komitmen yang tinggi bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dari semua aspek seperti keputusan UPSR, pencapaian Kokurikulum, keceriaan sekolah, keselamatan sekolah dan pelbagai lagi. Beliau memimpin 67 orang guru, 7 orang KTBM, 3 orang jaga dan 2 orang pekerja swasta serta 1310 orang murid.


Sila ke layari laman sesawang skkepayan.edu.my

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kepayan
Peti Surat 395,Tg. Aru
88858, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Telefon: 088-221490
Email: Emel SKK
Fax = 6088221490
Facebook SK Kepayan
Dashboard PIBG SKK
Youtube Channel SKK

Pautan luar[sunting | sunting sumber]