Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah
Lokasi
 Malaysia Km 1 Jalan Bahau, 72000, Kuala Pilah,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064815913
Kod sekolahNBA1011
Faks6064843295
Map


Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah atau nama ringkasnya SK Kuala Pilah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 1 Jalan Bahau.

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah memiliki 225 pelajar lelaki dan 223 pelajar perempuan, pelajar prasekolah pula seramai 50 orang murid menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 498 orang murid. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2018

Sejarah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah dahulunya ialah Government English School Merupakan sekolah Inggeris yang pertama wujud di daerah ini. Selepas Perang Dunia Kedua, Sekolah Inggeris ini telah dipindahkan ke bangunan baru dengan nama baru iaitu Tuanku Muhammad School terletak di Jalan Tampin.

Sekolah Government English School dijadikan Sekolah Melayu dengan sebutan SEKOLAH A untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 5, iaitu di bangunan baru sekarang.Sebuah lagi sekolah Melayu yang dipanggil SEKOLAH B untuk murid-murid Tahun 1hingga Tahun 3 iaitu terletak di kawasan Jabatan Kesihatan sekarang.

Kemudian kedua-dua bangunan ini telah disatukan dan dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PILAH kerana ia terletak di Pekan Kuala Pilah ketika itu. Walaupun demikian sebutan SEKOLAH A masih ada lagi digunakan oleh sesetengah masyarakat Kuala Pilah.

Bagi menampung pertambahan bilangan murid sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina pada tahun 1979 dan projek gotong-royong membina empat unit bilik kelas pada tahun 1989. Kini bilik darjah tersebut telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan tiga tingkat pada tahun 2003.

Bangunan dan dewan yang dipinjamkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah selama beberapa tahun telah pun dipulangkan kepada pihak SKKP pada tahun 2012.

Kemudahan di sekolah[sunting | sunting sumber]

  1. BILIK PSS (PERPUSTAKAAN ,BILIK SAL,BILIK TAYANGAN,BILIK MEDIA)
  2. 1 MAKMAL KOMPUTER
  3. 1 PUSAT AKSES
  4. 1 MAKMAL SAINS
  5. 2 BUAH KELAS PRASEKOLAH
  6. 1 PEJABAT PENTADBIRAN
  7. 1 BLOK BILIK SUKAN
  8. 2 BLOK BILIK DARJAH (24 BILIK DARJAH)
  9. 1 BILIK KEMAHIRAN HIDUP
  10. 1 BILIK JQAF
  11. 1 BILIK PEMULIHAN KHAS
  12. SEBUAH KANTIN
  13. SEBUAH GELANGGANG SERBAGUNA
  14. 1 BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  15. SEBUAH BILIK SPBT
  16. 1 BILIK FROG VLE

Alamat dan Cara Hubungi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah
Km 1 Jalan Bahau
72000, Kuala Pilah
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064815913
Fax = 6064843295

Laman Blog Sekolah[sunting | sunting sumber]