Sekolah Kebangsaan L B Johnson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Latarbelakang Sekolah

Sekitar tahun 1962, kawasan ini dikenali sebagai Kampung Sungai Chincang berhampiran Pekan Salak Tinggi.

Pembukaan tanah baru di bawah Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) dikenali sebagai Tanah Rancangan Labu Jaya. Pada ketika itu, bilangan rumah kediaman 300 buah dibina bagi menampung penduduk seramai 300 keluarga.

Sekolah Kebangsaan Labu Jaya (nama asal) Sekolah Kebangsaan LB. Johnson didirikan atas tanah berkeluasan lebih  kurang 10 ekar. Sesi awal persekolahan bermula pada  12 Januari  1964, Sekolah Kebangsaan Labu Jaya menerima bilangan pelajar seramai 346 orang.

Perasmian sekolah telah disempurnakan oleh YB Encik Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu. Terdapat dua blok bangunan satu tingkat  iaitu Blok A dan  Blok B bagi menampung kelas Tahun 1 dan Tahun 2.

Pada 30 Oktober 1966, kunjungan Presiden Lyndon Baines Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-36 ke tanah rancangan ini mengeratkan hubungan dua hala Malaysia – Amerika Syarikat, Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Ke-2, mengabadikan nama LB Johnson menggantikan Tanah Rancangan FELDA Labu Jaya. Sehubungan dengan itu, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan L.B. Johnson.

Pembangunan sekolah terus berlaku di mana pada 1967, sebuah blok tambahan telah dibina iaitu Blok C menempatkan Bilik Sains dan Kemahiran Hidup. Sementara itu, bagi menampung pertambahan pelajar dan mempertingkat kualiti pendidikan pada 1975 sebuah blok pentadbiran dua tingkat telah dibina. Bangunan baharu ini telah dirasmikan oleh  YB Chan Siang Sun, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu. Sebuah bangunan makmal komputer telah juga dibina pada tahun 2005 bagi memenuhi keperluan pendidikan ketika itu,

Sekolah Kebangsaan L B Johnson
Lokasi
 Malaysia Kampung Lb. Johnson, 71760, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6067914382
Kod sekolahNBA4017
Faks6067914382
Map


Pada tahun 2008, Sekolah Kebangsaan L.B Johnson telah menerima peruntukan pembinaan blok bangunan tambahan beserta kantin;

Sebuah blok tiga tingkat bagi menempatkan pejabat pentadbiran, Pusat Sumber Sekolah, bilik tayang, bilik mesyuarat dan bilik akses.

Sebuah blok bangunan empat tingkat bagi menempatkan kelas-kelas serta bilik-bilik khas iaitu Makmal Sains, bilik Kemahiran Hidup, Bilik jQAF, Bilik Kesihatan dan Bimbingan dan Kaunseling.

Selain itu, sebuah kantin yang lebih luas dan selesa turut dibina bagi memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan serta ibu bapa yang datang ke sekolah. Blok bangunan baharu ini telah mula beroperasi pada 3 Ogos 2009. Enrolmen pelajar Sekolah Kebangsaan L B Johnson pada tahun 2009 ialah seramai 323 pelajar lelaki dan 274 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai 597 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Pada 31 Mac 2011, Blok tambahan baharu ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Mohd Puad b. Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu.

Pada 22 Mei 2012, Duta Besar Amerika Syarikat Paul W. Jones telah melawat SK LB Johnson. Lawatan ke sekolah tersebut mengingati semula detik bersejarah yang dikongsi bersama Amerika Syarikat – Malaysia. Selain itu, tujuan lawatan beliau adalah bagi mendekati lagi generasi baru pelajar-pelajar di Negeri Sembilan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan L B Johnson
Kampung Lb. Johnson
71760, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6067914382
Fax = 6067914382

Pautan luar[sunting | sunting sumber]