Sekolah Kebangsaan Linggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Linggi
Lokasi
Pos Linggi, Linggi, 71150, Linggi,, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1887
Nombor sekolah6066979458
Kod sekolahNBA2013
Faks6066979458
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Linggi atau nama ringkasnya SK Linggi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pos Linggi, Linggi.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Linggi memiliki 114 pelajar lelaki dan 122 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 236 orang. Ia mempunyai seramai 25 orang guru.2009

Sekolah Melayu terawal ditubuhkan di Negeri Sembilan adalah Sekolah Melayu Linggi*. Ia dibina pada tahun 1870 dan diasaskan oleh Dato' Muda Mohd Peral. Pembinaan sekolah ini dengan bantuan dan sokongan orang kampung. Pengambilan pelajar pertama terdiri 26 orang pelajar lelaki dan Cikgu Tambi bin Hitam dilantik menjadi guru besar yang pertama.

Antara sebab pembukaan sekolah melayu di Linggi adalah: 1. Kedudukan Linggi sebagai perdagangan (Pengkalan Kundang/Pengkalan Dian) yang menjadi tempat tumpuan para pedagang dari luar seperti Inggeris, Arab, Belanda dan lain-lain. Ini menjadikan Linggi lebih terbuka dan terdedah dengan perubahan yang berlaku di luar. 2. Hubungan yang rapat dengan Melaka membolehkan guru-guru dari Melaka diambil untuk mengajar di Sekolah Melayu Linggi. Malah guru besar pertama dan kedua berasal dari Melaka iaitu Cikgu Tambi bin Hitam dan Cikgu Ismail bin Muhammad. 3. Kedudukan Dato' Muda Mohd Peral sebagai pemimpin membolehkan beliau mengumpul dan meyakinkan orang kampung untuk mendirikan sekolah di Linggi. 4. Kekuatan ekonomi yang dipegang oleh Dato' Muda Mohd Peral membolehkan beliau membiayai pembangunan dan menguruskan kewangan bagi memastikan pelajar-pelajar mendapatkan pendidikan yang sempurna.

Pembukaan Sekolah Melayu Linggi telah mendorong penduduk di kawasan penempatan yang berada di sepanjang Sungai Linggi turut membuka sekolah seperti Sekolah Melayu Nyatuh (1884), Sekolah Melayu Rantau (1886) dan Sekolah Melayu Sega (1889).

Perkembangan pendidikan dengan pembukaan sekolah-sekolah di Sungai Ujong seperti Sekolah Melayu Ampangan. Pada tahun 1891 satu undang-undang bagi mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu berumur 7 hingga 14 tahun ke sekolah diwujudkan di Sungai Ujong. Para pemimpin tempatan seperti pembesar adat, golongan bangsawan dan penghulu memainkan peranan penting dalam usaha menggalakkan orang Melayu mendapat pendidikan. Hasil daripada pembukaan Sekolah Melayu Linggi telah melahirkan tokoh-tokoh guru yang terawal seperti Cikgu Muhammad bin Dato Muda dan Cikgu Ibrahim bin Dato Muda. Kedua-dua adik beradik memainkan peranan penting dalam memastikan pembukaan Maktab Perguruan Melayu Melaka dan Maktab Perguruan Melayu Matang dan Maktab Perguruan Tanjong Malim.

Maka dengan itu, lahirlah pelapis generasi pendidik di Negeri Sembilan seperti Za'ba, Mohd Yusof, Yazid Ahmad dan lain-lain. Paling menarik mereka mempunyai hubungan kekeluargaan. Latar Pendedahan awal sejak kecil mengenai penting pendidikan telah mendorong mereka untuk berbakti kepada masyarakat. Ia turut membuka pemikiran mereka dalam usaha membebaskan tanah air daripada penjajah. Sebagai contoh, Kapten Yazid Ahmad sanggup mengorbankan dirinya (tidak mahu menanggal pakaian tenteranya dan pulang ke kampung) apabila dibunuh oleh Jepun dalam peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di Beduk, Singapura.

Semangat perjuangan mereka bukan sekadar melatih guru-guru Melayu. Mereka turut menyumbang ilmu dalam pembentukan penulisan (lihat gambar). Keprihatinan orang Melayu terhadap pendidikan pada ketika itu sangat tinggi. Keadaan yang berbeza dengan British hanya membina sekolah Inggeris seperti SRJK (Inggeris) St Paul (L) (1899), SRJK (Inggeris) Convent (P) (1904) dan SMJK (Inggeris) St Paul (L) (1907). British lebih berminat untuk mengaut hasil ekonomi untuk kepentingan mereka berbanding pendidikan.

Semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, saya melihat sebuah buku terbitan Penerbit UM yang baharu diterbitkan iaitu Guru Melayu dan Politik di Kedah 1940 - 1960 penulisan Dr. Mohamad Muzammil Bin Mohamad Noor. Sebuah buku yang menarik yang mengupas perjuangan dan penglibatan guru-guru di Kedah dalam politik tanah air. Saya beritahu sahabat saya, seorang guru supaya menulis sebuah buku berkaitan dengan guru-guru di Negeri Sembilan.

Sejarah pendidikan Negeri Sembilan tidak digali secara mendalam. Ini menyebabkan tokoh-tokoh guru di Negeri Sembilan yang turut memperjuangkan memartabatkan tanah air tidak begitu menonjol. Tiada yang mengetahui bahawa sekolah melayu swasta pertama yang menggunakan silibus sekolah menengah Inggeris di Tanah Melayu ditubuhkan di Negeri Sembilan oleh Baba Ludek. Jasa beliau sangat besar walaupun beliau dikenali sebagai 'A Born Loser' oleh segelintir pemimpin UMNO.

Saya berharap akan ada mana-mana individu terutamanya guru-guru di Negeri Sembilan yang akan menulis mengenai perjuangan dan sejarah pendidikan di Negeri Sembilan. Saya tidak mampu menulisnya kerana ia bukan fokus kajian saya. Saya hanya ada secebis kisah perjuangan guru yang ditemui sepanjang pencarian saya.

  • Tapak asal Sekolah Melayu Linggi terletak di Giat Mara Port Dickson sekarang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Linggi
Pos Linggi, Linggi
71150, Linggi
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = +606-6979458
Fax = +606-6979458

Pautan luar[sunting | sunting sumber]