Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah JBA7014
Lokasi  Malaysia Kampung Mensudut Pindah,Batu Anam,Segamat.85100, Segamat,, Johor Darul Takzim, Malaysia
Telefon 0197589447
Faks TIADA


Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah atau nama ringkasnya SK Mensudut Pindah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Mensudut Pindah,Batu Anam,Segamat..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah memiliki 25 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 45 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama asal kampung ini ialahKg. Paya Tatat. Penduduk asalnya ialah penduduk-penduduk Kg. Mensudut Palong yang disuruh berhijrah oleh bekas Pegawai Daerah Segamat Dato’ Noah. Nama “Kg. Mensudut Pindah” disarankan oleh Kapten Hussein Onn yang berkunjung bersama-sama rombongan Dato’ Noah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Februari 1951 (Sekolah Melayu Pudu, Segamat). Bangunan asalnya dibina di tanah milik Ladang Getah Tambang, Batu Anam. Pada Februari 1952, bangunan ini telah menerima bantuan daripada RIDA dan digantikan dengan bangunan kayu berdinding papan, berlantai simen dan zink dengan keluasan 50 x 20 kaki. Ia dibina di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan seluas 2 ekar, 2 relong dan 39 poll. Nama sekolah juga ditukar kepada Sekolah Melayu Mensudut Pindah, Segamat. Pada Mei 1970, selaras dengan peredaran masa, bangunan ini telah diubahsuai semula dengan bantuan Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM14,000. Ia terdiri dari 2 buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar seluas 70 x 30 kaki. Nama sekolah juga ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat.

Mereka yang tersebut di bawah ini telah banyak mengorbankan tenaga dan usaha untuk mendirikan sekolah ini. Mereka ialah : 1. Allahyarham Tn. Hj. Manaf b. Hj. Jamaluddin -Tok Penghulu Mukim Gemas, Segamat. 2. Allahyarham En. Endut b. Duamin Naib Penghulu Mukim Gemas. 3. Allahyarham En. Mohd Ali b. Husin Ketua Kampung Pudu 4. Allahyarham En. Awang b. Md. Ali - Ketua Kampung Mensudut Pindah

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah
Kampung Mensudut Pindah,Batu Anam,Segamat.
85100, Segamat
Johor, Malaysia
Telefon = 0197589447
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]