Sekolah Kebangsaan Merlimau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Merlimau
Lokasi
 Malaysia Km 24, Jalan Muar Lama, 77300, Merlimau,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6062634548
Kod sekolahMBA1022
Faks6062634548


Sekolah Kebangsaan Merlimau atau nama ringkasnya SK Merlimau, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 24, Jalan Muar Lama.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Merlimau memiliki 141 pelajar lelaki dan 128 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 269 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah melayu dalam Mukim Merlimau yang didirikan dalam tahun 1891.Ia merupakan sebuah sekolah yang tertua di daerah ini dan merupakan sebuah sekolah yang berdindingkan papan dan beratapkan rumbia.

Pada tahun 1956, sebuah bangunan tambahan 3 bilik telah dibina. Pada tahun 1960 an sekolah ini telah dinaikkan ke gred B.Pada tahun 1980 an sekolah ini telah turun ke gred C kerana ibubapa di sekeliling kawasan ini telah memilih dan menghantar anak-anak mereka belajar ke Sekolah Inggeris Merlimau 1. Tambahan pula, keadaan fizikal sekolah ini yang kurang sempurna dan perubahan semua sekolah rendah diberi pendidikan secara percuma.

Pada tahun 1980 an juga perubahan fizikal sekolah ini telah dibuat dan pada bulan April 1980 sebuah bangunan 2 tingkat (JKR 3510) telah siap dibina dan digunakan pada 28 April 1980. Di sekolah ini juga terdapat sebuah asrama peninggalan sekolah Agama JAIM dan telah diserapkan di bawah kelolaan sekolah ini sebagai sebuah bangunan tambahan.Selain daripada itu terdapat sebuah bangunan untuk murid-murid Khas (KKBP).

Ramai di antara bekas muridnya telah menjadi cendiakawan. Antaranya ialah YAB bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Abu Zahar bin Haji Ithnin, bekas Wakil Parlimen Jasin Datuk Haji Ahmad bin Haji Ithnin, bekas Pendakwa Raya/Peguam Negara Tan Sri Abu Talib bin Othman, bekas Pengarah JPJ Malaysia Encik Jelani bin Kupah, Rabuan bin Pit pelari pecut Malaysia dan Asia dan ramai lagi tokoh-tokoh yang menjadi peguam, doktor, guru dan sebagainya.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Merlimau
Km 24, Jalan Muar Lama
77300, Merlimau
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062634548
Fax = 6062634548

Pautan luar[sunting | sunting sumber]