Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas
Lokasi
 Malaysia Jalan Zainal, Pekan Air Panas, 85300, Labis,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahJBA7025
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas atau nama ringkasnya SK Pekan Air Panas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Zainal, Pekan Air Panas.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas memiliki 69 pelajar lelaki dan 69 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 138 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang SK Pekan Air Panas, 85300 Labis.

Pada awal Januari 1953 terbinalah sebuah sekolah yang diberi nama “Sekolah Melayu Pekan Air Panas”. Tapak asal Sekolah Melayu Pekan Air Panas adalah berhampiran dengan kawasan sawah di Kampung Sekarai. Sekolah ini dibina secara gotong royong oleh penduduk-penduduk kampung. Guru Besar yang pertama ialah Allahyarham Jantan b. Abdul Majid.

Pertambahan penduduk semakin pesat. Sekolah Kampung Sekarai sudah tidak mampu menampung begitu ramai murid. Akhirnya pada tahun 1955 terbinalah sebuah bangunan sekolah iaitu cawangan kepada sekolah asal di Kampung Sekarai. Bangunan sekolah tersebut didirikan di atas tapak seluas 1 ekar di kawasan strategi di Pekan Air Panas.

Pada tahun 1968, atas usaha Naib Penghulu Pekan Air Panas sebuah bangunan baru dibina oleh kerajaan di atas tapak seluas 4 ekar menggantikan bangunan peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sudah uzur. Bangunan baru ini terdiri daripada 6 buah bilik darjah,1 buah pejabat dan sebuah kantin. Sekali lagi nama sekolah ditukar kepada nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas. Pada tahun 1982 sebuah bangunan baru dua tingkat dibina bagi menampung pertambahan bilangan murid.

SK Pekan Air Panas telah menerima peruntukan menggantikan blok lama yang dibina di padang sekolah di dalam Rancangan Malaysia ke sembilan yang lalu. Bangunan ini telah siap sepenuhnya pada awal Januari 2011. Terletak di kawasan luar bandar ,lebih kurang 12 km dari Pekan Labis dalam Kawasan DUN Tenang dan Parlimen Labis dengan dihubungi jalan bertar, pada masa kini SK Pekan Air Panas terdiri daripada sebuah bangunan 2 tingkat ,sebuah bangunan 4 tingkat bagi menempatkan 6 buah bilik darjah, sebuah Makmal Sains, sebuah Bengkel Kemahiran Hidup,sebuah Bilik Pra Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, sebuah Bilik Mesyuarat, Surau, Pusat Akses Kendiri, Bilik Operasi Peperiksaan, Pusat Akses, Bilik Guru, Pejabat, Bilik Koperasi, Bilik Pengawas, Bilik Keselamatan, Bilik Rawatan Kesihatan serta sebuah kantin, sebuah Makmal Komputer dan 3 buah rumah guru. Bilangan murid secara purata meningkat kepada 130 orang dan terdiri daripada 100% kaum Melayu dengan 17 orang tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan sokongan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Antara kejayaan yang yang diperolehi sekolah ini adalah seperti jadual di bawah:-

Bil Tahun Kejayaan 1 2002 Anugerah Kecemerlangan Akademik Pencapaian Peratus 5A Terbaik Negeri Johor 2 2002 Anugerah Kecemerlangan Akademik Pencapaian Cemerlang UPSR Negeri Johor 3 2003 Anugerah Khas Julang (UPSR 2002) Kebangsaan 4 2003 Anugerah Kecemerlangan Akademik Pencapaian Cemerlang UPSR Negeri Johor 5 2013 Anugerah Kecemerlangan Bilik Operasi Peperiksaan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas
Jalan Zainal, Pekan Air Panas
85300, Labis
Johor, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]