Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 516, 89208, Tuaran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah088-492051
Kod sekolahXBA4363
Faks6492051


Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok atau nama ringkasnya SK Pekan Telipok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 516.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok memiliki 282 pelajar lelaki dan 291 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 573 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH SK PEKAN TELIPOK

Kampung Telipok pada awalnya merupakan satu penempatan yang kecil, di mana pekannya hanya mempunyai dua bangunan kecil yang diperbuat daripada kayu dan sebuah pondok polis. Pekan ini menjadi tumpuan para penduduk di sekitarnya. Kampung-kampung yang terletak di sekitar pekan ini ialah Kg. Telipok, Maruah, Sekoli, Norowot, Lapasan, Salut, Kayu Madang, Rugading dan Giling. Sementara kampung-kampung di Sekitar perbukitannya ialah Kg. Boronoun, Kg. Timbok, Kg. Tembalang, Kg. Tampulan, Kg. Kebayau dan Kg. Naroti. Pada waktu itu kanak-kanak di sekitar Telipok terpaksa bersekolah di GPS Darau Menggatal, GPS Pekan Tuaran dan sekolah jenis mission iaitu St John Tuaran. Oleh kerana banyak kesulitan yang dihadapi oleh ibu-bapa dan kanak-kanak di kawasan ini untuk mendapatkan pendidikan dan belanja yang tinggi memandangkan jarak sekolah dari tempat tinggal murid jauh dan bimbangkan keselamatan mereka, maka para penduduk di sekitar Telipok telah memohon untuk pembinaan sebuah sekolah di Telipok. Permohonan untuk mendirikan bangunan sekolah ini telah diluluskan pada 01 September 1960 oleh pihak Jabatan Pendidikan (British). lanya telah didirikan di atas tapak tanah seluas 2.8 ekar. Lanya dibina secara gotong royong oleh penduduk kampung dengan menggunakan kayu, buluh dan atap rumbia dan ianya diberi nama NVS Pekan Telipok, Setelah negeri Sabah mencapai kemerdekaannya menerusi Malaysia dalam tahun1963, sebuah bangunan kayu yang mempunyai tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik guru besar telah dibina dalam tahun 1964.

Nama sekolah ini juga telah ditukar kepada GPS Pekan Telipok.

Memandangkan keadaan muridnya yang semakin bertambah, maka dalam tahun 1969 sebuah lagi bangunan kayu telah dibina. Ianya mengandungi sebuah bilik darjah. Bangunan yang dibina pada awalnya telah dirobohkan dan diganti dengan sebuah rumah guru. Pada tahun 1979 sebuah bangunan konkrit satu tingkat telah dibina. Ianya mengandungi enam buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik guru besar. Namanya telah ditukar kepada SK. Pekan Telipok.

Di samping itu, seunit rumah guru juga telah dibina.  Oleh kerana bilangan guru di sekolah ini bertambah, maka masalah tempat tinggal timbul. Oleh itu dalam tahun 1991, sederet rumah menerusi projek kilat telah dibina. la mengandungi empat pintu rumah guru. Pada masa kini, sekolah ini mengandungi tiga bangunan dan enam unit rumah guru. Bilangan muridnya telah bertambah kepada hampir 600 orang dan gurunya seramai 39 orang serta 5 orang kakitangan bukan mengajar. Namun begitu disebabkan pertambahan murid dan pembangunan di sekitar Kawasan Pekan Telipok, sekali lagi sekolah ini beralih ke tapak yang baru iaitu pada Februari tahun 2018. Istimewanya sekolah ini merupakan model dua dalam satu pertama kali dilaksanakan di Sabah. Tenaga pengajar seramai 90 orang guru dan bilangan murid seramai 1488 dan disebabkan pembangunan di sekeliling sekolah ini, jumlah murid dijangkakan akan bertambah lagi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok
Peti Surat 516
89208, Tuaran
Sabah, Malaysia
Telefon = 088-492051
Fax = 6492051

Pautan luar[sunting | sunting sumber]