Sekolah Kebangsaan Pokok Asam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pokok Asam
Lokasi
JALAN SUNGAI TIANG,, 06750 PENDANG, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah04-784 6209
Kod sekolahKBAA006
Guru besarEn. Jalaluddin Bin Shafie
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Muhamad Shatir Bin Shafiee
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Hamidun Bin Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumEn. Ahmad Bin Man
Faks04-784 6209
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Pokok Asam atau nama ringkasnya SK Pokok Asam, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pokok Asam mula beroperasi pada tahun 1947, menumpang di Pondok Pokok Asam. Tuan Guru Haji Wan Sulong bin Haji Wan Ghazali merupakan guru besar merangkap pengasasnya. Seramai 25 orang murid dengan dua orang tenaga pengajar pada awal permulaan operasinya. Gaji guru disumbangkan oleh waris dalam bentuk sumbangan wang dan kebendaan.

Pada tahun 1948, bilangan murid bertambah kepada 90 orang. Kerajaan negeri mengambil alih urusan pembayaran gaji guru. Ketika Bilangan murid meningkat kepada 160 orang, sebuah bangunan kayu dibina oleh kerajaan negeri sebagai bangunan sekolah. Bangunan terhasil setelah berlaku perbincangan antara kerajaan negeri, penghulu dan ketua kampung. Bangunan ini dibina secara gotong royong oleh penduduk kampong. Sekolah ini diberi nama Sekolah Rakyat Mukim Padang Kerbau. Sekolah ini semakin berkembang.Pada tahun 1952 seramai 400 orang murid belajar di sekolah ini. Kerajaan negeri telah mengambil alih sekolah ini dengan membina bangunan kekal 12 buah kelas.

Bangunan baru telah siap sepenuhnya pada 1 Julai 1953 dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sekolah ini diberi nama Sekolah Umum Pokok Asam. Guru besarnya ialah Encik Ahmad bin Said. Sekolah ini kemudiannya ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Pokok Asam. Sebuah bangunan baru tiga tingkat siap dibina pada 15 Mac 1983. Bangunan baru ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Murad bin Mohd Nor. Guru besar sekarang ialah Encik Ab Ghani bin Hassan.

Beliau dibantu oleh Pn Rahmah bt Mad (PK Kurikulum), Tuan Haji Hamidon bin Abdullah (PK HEM) dan Encik Ahmad bin Mad (PK KK). Pada masa sekarang terdapat seramai 32 orang guru, seorang kerani kewangan, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah. Tiga orang pekerja rendah awam (swasta) dan tiga orang jaga swasta sedang berkhidmat di sekolah ini.


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]