Sekolah Kebangsaan Pos Brooke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pos Brooke
Lokasi
 Malaysia D/A Ppd Gua Musang,, 18300, Gua Musang,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099122385
Kod sekolahDBA8031
Faks6099122385
Map


Sekolah Kebangsaan Pos Brooke
Hadapan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke

Sekolah Kebangsaan Pos Brooke atau nama ringkasnya SK Pos Brooke, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan . Alamat surat menyurat sekolah ni ialah PPD Gua Musang, Kelantan. Sekolah ini menampung keperluan Orang Asli di Pos Brooke. Sekolah ini memiliki beberapa blok bangunan yang baru dibina oleh Kementeri Pelajaran Malaysia. Ia terletak di kawasan tanah tinggi antara Gua Musang dengan Poring.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pos Brooke memiliki 191 pelajar lelaki dan 216 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 407 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru.2009

Keracunan makanan[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Mac 2010, 300 murid anak orang asli mengadu sakit perut, muntah dan pening akibat keracunan makanan selepas makan nasi berlauk telur rebus di kantin asrama sekolah. Mereka dibawa ke Hospital Gua Musang dan Hospital Tanah Rata di Cameron Highlands.[1]


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pos Brooke
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Gua Musang,
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099122385
Fax = 6099122385

Rujukan[sunting | sunting sumber]