Gua Musang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Gua Musang ڬوا موسڠ |
|
| Koordinat: 4°53′0″U 101°58′0″T / 4.883333°U 101.966667°T | |
| Negara | |
|---|---|
| Negeri | |
| Luas | |
| - Jumlah | 3,171.6 batu persegi (8,214.30 km²) |
| Penduduk (2005) | |
| - Jumlah | 80,167 |
| - Kepadatan | 25.4/batu persegi (9.8/km²) |
| Zon waktu | MST (UTC+8) |
| Poskod | |
| Kod kawasan | 09 |
Jajahan Gua Musang terletak di selatan negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Gua Musang dikenali jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan[1].
Jajahan Gua Musang merangkumi 3 DUN iaitu Paloh, Nenggiri atau dulunya Bertam dan Galas (Bandar Gua Musang). Ahli Parlimennya kini ialah Bekas Menteri Kewangan Malaysia & Pengasas Petronas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.
[sunting] Penduduk
Jumlah penduduk di Jajahan Gua Musang ialah 100,400 orang (2009). Peratusan penduduk Melayu ialah 76%, Cina 5%, India 1%, Orang Asli 13%, dan lain-lain (bukan warganegara) 5%.
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
- Web / Portal Khas Gua Musang Dot Net
- Blog Khas Gua Musang Dot Net
- Majlis Daerah Gua Musang
- Pelancongan Kesedar
- Peta lokasi satelit
|
|||||||||||