Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu
Lokasi
D/A PPD Mersing,, No. 27, Jalan Dato' Luar, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSKPS Komited Memacu Kecemerlangan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahJBA4019
Pengerusi PIBGUstazah Mahibah binti Mohd Ali
Guru besarN. Aniham bin Abdul Majid
Jumlah penuntut13 orang
GPK Pentadbiran dan AkademikMuhammad Azamuddin bin Adnan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAhmad Farid bin Azhar
Penolong Kanan KokurikulumMuhammad Buqhari bin Fauzi
FaksTIADA

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu atau nama ringkasnya SK Pulau Sibu atau SKPS, merupakan salah sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang terletak di daerah Mersing, Johor. Sekolah ini terletak di Pulau Sibu, iaitu salah sebuah pulau yang terdapat di daerah Mersing, Johor.

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu juga merupakan sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memiliki enrolmen kurang daripada 150 orang.

Pada tahun 2023, secara keseluruhannya SK Pulau Sibu memiliki seramai 6 orang guru, seorang pembantu tadbir dan 13 orang murid.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1983 atas inisiatif masyarakat kampung dan pihak kerajaan sendiri bagi memberikan pendidikan berkualiti untuk anak-anak di kawasan ini.

Visi[sunting | sunting sumber]

Komited Memacu Kecemerlangan.

Pemimpin pendidikan dan pendidik sentiasa komited melestarikan usaha untuk menaikkan nama sekolah agar sentiasa cemerlang.

Misi[sunting | sunting sumber]

Kebersamaan Tunjang Gemilang.

Pemimpin pendidikan dan pendidik sentiasa bersama-sama untuk membangunkan sekolah. Kerja bersama-sama lebih baik daripada bekerja sendiri.

Matlamat Strategik Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Memantapkan kualiti guru melalui pembudayaan komuniti pembelajaran profesional.
  2. Memperkasa kompetensi kepimpinan sekolah (Middle Leader Team-MLT) baharu untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan.
  3. Meningkatkan kualiti kemenjadian murid secara holistik melalui keberkesanan pelaksanaan dan pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Kemahiran.
  4. Meningkatkan peratus kehadiran murid mencapai KPI yang disasarkan dengan bantuan dan sokongan PIBG serta komuniti setempat.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, sekolah ini telah dipilih menjadi salah sebuah model bagi 'Sekolah Rintis Abad ke-21' oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) di daerah Mersing atas pencapaian cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

SK Pulau Sibu juga aktif dalam sukan pelayaran. Seorang murid SK Pulau Sibu juga telah memenangi MSSJ Pelayaran pada tahun 2022 dan telah mewakili negeri Johor ke MSSM Pelayaran di Port Dickson dan Langkawi pada tahun 2022 dan 2023.

Seorang murid SK Pulau Sibu juga telah mendapat anugerah Gangsa dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris peringkat negeri Johor pada tahun 2021.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mersing,
No. 27, Jalan Dato' Luar,
86800 Mersing,
Johor, Malaysia.
Telefon/Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]