Sekolah Kebangsaan Seri Bunian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Bunian
Lokasi
 Malaysia Batu 33,Jln Johor,, 82000, Pontian,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCITA, USAHA, JAYA
Nombor sekolah6076860380
Kod sekolahJBA6005
Faks6076860380



Sekolah Kebangsaan Seri Bunian atau nama ringkasnya SK Seri Bunian, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pontian, Johor.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Bunian memiliki 170 pelajar lelaki dan 139 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 309 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

TAHUN 1947 Kediaman En. Mohd. Yusof b. Hj. Ab. Rahim, Ketua Kampung 33, Jalan Johor, Pontian telah menjadi detik bermulanya sejarah SK Seri Bunian. Rumah beliau telah dijadikan bangunan pertama sekolah ini. Cikgu Tauhid b. Marwat dan Cikgu Othman b. Ghaiman telah menjadi guru perintis, berkhidmat kepada 40 orang murid dengan gaji 40 sen setiap murid.

TAHUN 1948 Sekolah ini berpindah ke tapak bangunan balai raya yang dimiliki oleh En. Ratijan b. Badron.

TAHUN 1952 Sekolah ini berpindah ke tapak Bangunan Masjid Lama kampung ini di Parit Mad Yakin Timur. Bangunan ini dibina secara gotong-royong di mana semua bahan binaan disediakan oleh kerajaan. Ia dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Batu 33dengan 90 orang murid setakat Darjah 3.

TAHUN 1959 Satu bangunan telah dibina di tapak sekolah sekarang dan digunakan oleh Sekolah Agama Seri Bunian. Ia dibina secara gotong-royong di atas tanah seluas 1 ekar, dibeli dari Hj. Siraj b. Adi Yasa dengan harga RM800 (bantuan kerajaan RM300 dan sumbangan dari RIDA RM500). Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Umum Batu 33.

TAHUN 1960 Sekolah Kebangsaan Umum Batu 33, Jalan Johor mula digunakan di bangunan ini. Sebatang anak sungai mengalir berhampiran sekolah ini. Dikatakan sungai ini sentiasa berbunyi. Sekolah ini mula dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “SERI BUNYIAN”. Pada tahun 60-an, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mencipta lagu “Puteri Seri Bunian” dan telah diminati ramai. Ekoran peristiwa ini dan bagi mengindahkan lagi nama sekolah ini, ia dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUNIAN. Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu, Yang Mulia Ungku Mohd. Salleh.

TAHUN 1966 Kementerian Pelajaran (ketika itu) telah membina 2 blok bangunan kayu yang mengandungi 4 bilik darjah, 1 pejabat Guru Besar dan 1 bilik rehat guru.

TAHUN 1987 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambah 1 blok bangunan 2 tingkat dan 1 blok bangunan kantin. Ia mula digunakan pada tahun 1988.

TAHUN 2001 2 blok bangunan kayu telah dirobohkan dan digantikan dengan 1 blok bangunan batu 4 tingkat. Bagi menampung kekurangan bilik darjah ekoran pembinaan ini, sebahagian murid terpaksa menumpang belajar di Sekolah Agama Seri Bunian.

TAHUN 2002 Sekolah ini telah dinaik taraf dari Gred B kepada Gred A. Bangunan 4 tingkat ini siap dan mula digunakan pada tahun 2003.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Bunian
Batu 33,Jln Johor,
82000, Pontian
Johor, Malaysia
Telefon = 6076860380
Fax = 6076860380

Pautan luar[sunting | sunting sumber]