Sekolah Kebangsaan Sri Benut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Sri Benut
Lokasi
 Malaysia Jalan Parit. Ismail, 82200, Benut,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoILMU NILAI JIWA
Nombor sekolah6076903911
Kod sekolahJBB6021
Faks6076903911


Sekolah Kebangsaan Sri Benut atau nama ringkasnya SK Sri Benut, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Pt. Ismail.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Benut memiliki 152 pelajar lelaki dan 116 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 268 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1963, tertubuhlah sebuah sekolah Inggeris tanpa bangunan di atas pemuafakatan beberapa orang penduduk Benut yang mempunyai wawasan yang jauh ke hadapan merentasi masa dan waktu. Murid-murid ditumpangkan di sebuah sekolah Melayu Benut. Pada tahun 1964, murid-murid dipindahkan ke sekolah Cina Lok York Benut. Tahun demi tahun berlalu, murid Sekolah SRI Benut makin bertambah ramai. Maka Jabatan Pendidikan Johor telah membina sebuah bangunan 2 tingkat 6 bilik darjah di kawasan Sekolah Menengah Benut. Maka murid-murid berpindah sekali lagi ke bangunan baharu. Oleh kerana muridnya ramai, maka diadakan dua sesi. Murid Darjah Empat hingga Darjah Enam datang pada sesi pagi dan murid darjah Satu hingga Darjah Tiga datang pada sesi petang. Pada tahun 1985, sebidang tanah seluas 9.5 ekar di Jalan Parit Ismail telah dipilih untuk pembinaan sebuah sekolah baharu untuk menempatkan murid-murid SRK SRI Benut. Pembinaan sekolah memakan masa hampir 2 tahun. Ada dua blok bangunan dua tingkat mengandungi 12 kelas, 1 perpustakaan, 1 bilik guru, 1 pejabat dan 2 stor. Sebuah padang permainan seluas 5 ekar. Kos pembinaan ialah sebanyak RM570,686.00. Pada 5 Julai 1987, maka sekali lagi murid dan guru berpindah ke sekolah baharu. Sekolah dirasmikan dengan gilang-gemilang oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Ibrahim Ismail, pemangku Sultan Johor pada 25 Januari 1989. Turut serta ialah YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, pada ketika itu. SRK SRI Benut telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan SRI Benut pada tahun 1997.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Sri Benut
Jalan Parit Ismail
82200, Benut
Johor, Malaysia
Telefon = 6076903911
Fax = 6076903911

Pautan luar[sunting | sunting sumber]