Sekolah Kebangsaan Syed Sheh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Syed Sheh
Fail:Sekolah Kebangsaan Syed Sheh.jpg
Lokasi
Kupang, 09200 Baling, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah044721080
Kod sekolahKBA0012
Faks044721081
Laman sesawang
sksyedsheh@gmail.com
Map


Sekolah Kebangsaan Syed Sheh atau nama ringkasnya SK Syed Sheh, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua antara tahun 1940 hingga tahun 1941, atas usaha Pak Su Haji Ahmad dan Tuan Guru Haji Yahya bertempat di Bangunan Madrasah Kampong Pisang sebagai Sekolah rakyat. Guru yang pertama ialah Lebai Ariffin dan beberapa orang Pembantu.

Dalam Tahun 1947, sekolah ini berpindah tempat ke Kampong Jerai di Tapak Sekolah sekarang dengan usaha pihak di atas dan seorang lagi Tokoh Tempatan iaitu Pak Lang Tahir, penganjur yang utama ialah Ustaz Yaakub bin Shafie dan beberapa orang Guru di bawah jagaannya. Guru-guru yang dibayar Gaji oleh Lembaga Pengurus Sekolah dengan Kutipan Yuran daripada Murid-murid (Waris).

Pada Tahun 1953 dengan usaha Pak Su Haji Ahmad, lagi seorang Guru Besar Kerajaan yang bernama Abdul Aziz b Haji Abdul Rahman dapat ditempatkan di sekolah ini. Guru Besar tersebut bertukar dari Sekolah Melayu Relau, Bandar Baharu dan dengan itu sekolah ini diterima sebagai Sekolah Kerajaan dan Guru Rakyat digantikan dengan Guru Kerajaan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]