Sekolah Menengah Agama Al Maarif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Al-Maarif Felda Bukit Goh
Lokasi
Felda Bukit Goh, 26050, Kuantan,, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Menengah Agama
MotoBeramal, Bertaqwa
Nombor sekolah6095476151
Kod sekolahCFT4001
Pengerusi PIBGDato' Ismail bin M. Nor
PengetuaTn. Hj. Abu Talib bin Hj Abdullah, PPN
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Nor Azlina binti Yusuf
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Abdullah bin Ab. Wahab
Penolong Kanan KokurikulumEn. Sharrudin B Abdullah
Faks6095476170
Laman sesawang


Sekolah Menengah Agama Al-Maarif Felda Bukit Goh atau nama ringkasnya SMA Al-Maarif, merupakan sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan terletak di Felda Bukit Goh, Kuantan. Sistem pembelajarannya terdiri daripada 3 silibus (manhaj) :

i. Silibus Akademik 9 subjek (PMR)/ 10@11 subjek (SPM) (kurikulum kebangsaan - KPM)
ii. Silibus KBD (Kurikulum Bersepadu Dini) 3 subjek Men. Rendah & 5 subjek Menengah Atas ( bgai kelas Dini Tulen)
iii. Silibus Tahfiz 3 juzu' setahun/15 juzu' 5 tahun (kurikulum bestari - SMAAM)


Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 bagi setiap tahun boleh dilakukan dengan mendapatkan borang permohonan secara muat turun melalui portal rasmi SMA Al-Maarif bermula bulan September setiap tahun. Borang hanya boleh dihantar selepas keputusan rasmi UPSR diumumkan dan tarikh tutup penghantaran borang ke sekolah adalah 5 hari selepas keputusan UPSR diumumkan.

Kelayakan permohonan :

i. keputusan upsr minima 3A 3B
ii. boleh membaca al-quran
iii. boleh menulis dan membaca jawi


Pemohon akan dipanggil untuk ujian/temuduga yang akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1996 SMA AL-MAARIF Felda Bukit Goh Kuantan ditubuhkan. Mula beroperasi pada tahun 1997 dengan bilangan pelajar seramai 35 orang dan 3 tenaga pengajar.

Pada tahun 1998, bilangan bertambah seramai 175 orang dengan 8 tenaga pengajar. Sebuah bangunan 2 tingkat telah dibangunkan dengan kos RM 400,000.00 bantuan Kementerian Pelajaran Malaysia.Pada Januari 1999, bilangan pelajar meningkat kepada 265 orang dan 12 tenaga pengajar dan sesi persekolahan berjalan lancar sehingga tahun 2002.

Pada tahun 2003, bilangan pelajar semakin berkurangan dan tiadanya bantuan geran per kapita pelajar. Akibatnya SMA Al-Maarif terpaksa menghentikan operasinya dan pelajar berbaki menyambung pelajaran ke sekolah kerajaan.

Pada tahun 2004, kumpulan Rufaqa’ menumpang bangunan sekolah dan mengadakan kelas pengajian mereka. Pada 25 Disember 2004, pihak Lembaga Pengurus telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan SMA Al-Maarif Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Pada 17 Januari 2005, SMA Al-Maarif dibuka semula dengan 77 orang pelajar (pelajar Rufaqa’) dan 6 tenaga pengajar (termasuk 3 guru Rufaqa’).

Pada 2 Januari 2006, SMA AL-Maarif beroperasi secara rasminya dengan pelajar baru tingkatan 1 seramai 34 orang dan 6 tenaga pengajar (termasuk pengetua).

Pada tahun 2007, sebanyak 350 permohonan memasuki tingkatan 1 diterima dan selepas pemilihan hanya 76 orang diterima dan 2 kelas tingkatan 1 dibuka sebagaimana yang dibenarkan. Tenaga pengajar bertambah kepada 10 orang dan 7 kakitangan sokongan.

Pada april 2008 bangunan baru yang terdiri daripada 2 blok sekolah, sebuah surau, sebuah menara tangki air, padang bola, Balai pengawal dan rumah sampah telah mula digunakan.

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Al-Maarif memiliki 135 pelajar lelaki dan 111 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 246 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru.

Kebolehan pasukan Ragbi sekolah yang berjaya dan berpengalaman bermain di arena antarabangsa.
Kejayaan di kejohanan memanah MSSD 2016 dan layak ke peringkat MSSP yang berlangsung di SK Sungai Talam, Kuantan. Pasukan memanah sekolah SMA Al- Maarif telah banyak bermain di kejohanan kebangsaan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

PT3 -

Sijil Menengah Agama -

Sijl Pelajaran Malaysia -

Kokurikulum -

Kejohanan Bola Baling MSSD Kuantan 2016 di bawah kelolaan SMA Al- Maarif yang boleh dianggap berjaya.

SMA AL MAARIF juga telah berjaya mendapat naib johan kategori Cup dalam Kejohanan Ragbi MSSD Kuantan 2023.

SMA AL MAARIF juga telah berjaya mendapat Johan dalam Kejohanan Bola Baling MSDD Kuantan 2023.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Al-Maarif
Felda Bukit Goh
26050 Kuantan
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095476151
Fax = 6095476170
Emel = smaalmaarif@yahoo.com
Laman = http://www.almaarif.edu.my

Pautan luar[sunting | sunting sumber]