Sekolah Menengah Agama Islahiah
Sekolah Menengah Agama Islahiah | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Kampung Dingin, Mahang,, 09500, Karangan,, [Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6044170054 |
Kod sekolah | KFT0010 |
Pengetua | Tuan Hj Anuar bin Haji Ahmad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Mohd Termizi bin Abdullah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mahyiddin bin Mat Jaya |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Shukri bin Shuib |
Faks | 04-4041986 |
Sekolah Menengah Agama Islahiah atau nama ringkasnya SMA Islahiah, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Kampung Dingin, Mahang,.
Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Islahiah memiliki 101 pelajar lelaki dan 91 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 192 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Madrasah ini ditubuhkan dan didaftar pada 1 September 1958 bersamaan 17 Safar 1378 dan diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ludin Bin Soleh. Beliau bertanggungjawab menjadi mudir yang pertama disekolah ini. Madrasah yang dibina di atas sebidang tanah seluas 5 relung bertempat di Kg. Dingin menjadi pusat pengajian agama pertama kepada masyarakat setempat pada masa itu.
Selepas itu Pendidikan Islam secara Nizomi dan Umumi telah diaplikasikan di madrasah ini dan diteruskan sehingga kini.Madrasah ini pernah juga ditutup pengajiannya pada tahun 1996.Namun hasil usaha Allahyarham Tuan Haji Abdullah Bin Hj Abd Hamid (Mantan Penolong Setiausaha Zakat Jabatan Zakat Negeri Kedah), kemudian beliau dilantik sebagai Setiausaha AJK Lembaga Tadbir, maka dengan usaha beliau bersama Pengerusi Lembaga Tadbir Tn. Hj. Ismail Bin Hj. Abd. Rahman madrasah ini telah dibuka semula sebagai Sekolah Menengah Agama Islahiah Kg. Dingin Mahang.
Demi mencapai natijah bagi melahirkan penuntut yang mempunyai keseimbangan ilmu duniawi dan ukhrawi, pada Jan. 1997 sekolah ini telah didaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Lantaran itu sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR). Sekolah ini ditadbir oleh Ahli Lembaga Tadbir yang terdiri daripada ahli dan tokoh masyarakat setempat di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Kedah. Allahyarham Tuan Haji Abdullah juga telah dilantik sebagai Tuan Pengetua pada 1997 sehingga tahun 2003.
Setelah beliau meninggal dunia pada 9 Mac 2003 sekolah ini dipimpin oleh Tn. Hj. Mohamad B. Hj. Ismail. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang agama dan merupakan seorang pengetua yang berdedikasi, berhemah tinggi dan berpengalaman mengajar melebihi 22 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan. Di bawah pimpinan beliau, sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai pelajar berjaya hingga ke peringkat universiti. Akhirnya sekolah ini didaftar sebagai sebuah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada bulan Februari 2007.
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Telah mendapat Anugerah Tawaran Baru Pengetua (New Deal) @ Baiah pada Bulan Jun 2013.
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Menengah Agama Islahiah
- Kampung Dingin, Mahang,
- 09500, Karangan
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6044170054
- Fax = 04-4041986