Sekolah Menengah Agama Saadah Aldiniah Al Islamiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Saadah Aldiniah Al Islamiah
Lokasi
Sungai Limau Dalam, 06910, Yan, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6047694233
Kod sekolahKFT9001
Faks6047694233


Sekolah Menengah Agama Saadah Aldiniah Al Islamiah atau nama ringkasnya SMASDI, merupakan sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan yang terletak di Pekan Sungai Limau Dalam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Saadah Al Diniah Al Islamiah pada awalnya merupakan sebuah "Sekolah Agama Rakyat (SAR)". Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1959 oleh sekumpulan pemimpin masyarakat yang menyedari bahawa perlunya sebuah sekolah agama didirikan di kawasan ini pada masa itu memandangkan ketiadaan sekolah seumpama itu bagi membolehkan pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat menengah aliran agama dan jika adapun agak jauh serta menghadapi masalah pengangkutan.

Di awal penubuhannya, sekitar 1959 sekolah ini hanya menumpang di sebuah rumah kedai yang terletak kira-kira 500 meter dari tapak yang ada kini dibawah Kelolaan Lembaga Tadbir Sekolah (LPS). Rumah kedai ini adalah milik Tuan Haji Ahmad Bin Yahya, salah seorang pengasas sekolah ini. Selepas satu tahun tiga bulan beroperasi, sekolah ini berpindah ke sebuah banggunan berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau kira-kira 200 meter dari tapak sekarang.

Selepas enam tahun iaitu 1967, sekolah ini berpindah ke tapak sekarang dan beroperasi di banggunan baru tiga bilik darjah yang dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah. Pembinaan banggunan ini adalah atas usaha Yang Berhormat Allahyarham Tuanku Arshad Bin Tengku Ismail yang pernah menjadi ADUN Kawasan Sala merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah. Pada tahun 1974, sekolah ini mendapat sebuah banggunan baru yang dibiayai oleh pihak kerajaan persekutuan yang kini menjadi banggunan pentadbiran sekolah.

Pada jun 2005, pihak sekolah telah menandatangani MOU Dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui perjanjian ini, sekolah diberi bantuan oleh kerajaan persekutuan dan dinamakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Saadah Aldiniah Al Islamiah.
Sungai Limau Dalam,
06910, Yan
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047694233
Fax = 6047694233

Pautan luar[sunting | sunting sumber]