Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Pasoh 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Pasoh 2
[[Fail:]]
Lokasi
 Malaysia Felda Pasoh 2, 72300, Simpang Pertang,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064961185
Kod sekolahNEA6002
Faks6064962400
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Pasoh 2 atau nama ringkasnya SMK (Felda) Pasoh 2, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Pasoh 2.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Pasoh 2 memiliki 126 pelajar lelaki dan 137 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 263 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2 yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Pasoh Dua, telah diasaskan pada bulan Januari 1981. Pengetua pertamanya ialah Tuan Hj Asmaon bin Hj Salikin. Mulai bulan Januari 1981 hingga Mei 1981 pelajar perintisnya ialah seramai 103 orang yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Pasoh Dua, kerana bangunan sekolah masih belum siap.

Cadangan pembinaan sekolah telah disyorkan pada peringkat awalnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Rancangan Felda Pasoh 2 memandangkan kerumitan yang timbul dalami kalangan peneroka untuk menghantar anak-anak mereka ke peringkat sekolah menengah. Ini adalah kerana kedudukan kawasan Felda Pasoh 2 yang jauh ke pendalaman di mana perhubungan dengan kawasan lain agak sukar ditambah pula dengan ketiadaan perhidmatan bas penumpang pada ketika itu.

Cadangan ini telah menjadi realiti apabila kerja-kerja meratakan tanah dan membina bangunan mula dilaksanakan pada penghujung tahun 1978. Pada 18.12.1980, satu bangunan pentadbiran 3 tingkat yang bernilai RM 868 ribu telah siap dibina. Bangunan ini mempunyai 10 buah kelas, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, 3 buah makmal, pejabat pentadbiran dan sebuah bilik gerakan. Selain bangunan itu, sebuah kantin dan bengkel kemahiran hidup juga telah dibina. Pada peringkat awal sekolah ini tiada berkalan elektrik, justeru, sebuah generator telah dibekalkan untuk memenuhi keperluan bekalan tenaga elektrik.

Pada tahun 1989, disebabkan pertambahan pelajar dari semasa ke semasa sejak sekolah dibuka, sebuah bangunan baru telah dibina secara gotong-royong yang mengandungi 4 buah kelas yang kemudiannya pada tahun 1999, bangunan itu telah ditambah dengan sebuah pentas dan 2 buah kelas yang membolehkannya berfungsi sebagai sebuah dewan serbaguna. Pada Julai 1990 sebuah bangunan pusat sumber telah dibina yang menempatkan perpustakaan sekolah, bilik tayang, bilik komputer dan 5 buah kelas yang boleh dibuka menjadi dewan.

Pada 1 Mac 2002 pula, tapak untuk pembinaan bangunan tiga blok 4 tingkat dikenal-pasti iaitu untuk pembinaan makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan bangunan pentadbiran. Sebuah bengkel sains pertanian juga telah dibina. Bangunan ini siap sepenuhnya dan telah diserahkan kepada pihak sekolah pada awal tahun 2004. Dalam masa lebih kurang 20 tahun, SMK Pasoh 2 telah berubah dari segi lanskapnya dari hanya sebuah bangunan pentadbiran menjadi 7 buah blok utama yang mempunyai pelbagai fungsi demi memenuhi tuntutan dan cabaran pendidikan masa.

Sejak penubuhannya hingga 1993, sekolah ini hanya menempatkan pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja. Pada tahun 1994 baharulah diwujudkan kelas tingkatan 4. Pada sesi persekolahan 1999, bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia pada masa itu yang mahukan aliran sains dipertingkatkan di sekolah-sekolah, 1 kelas aliran sains telah diwujudkan dengan bilangan pelajar seramai 14 orang yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen bagi peperiksaan SPM 2000. Pada tahun 1999 juga, SMK Pasoh 2 mula menjalankan persekolahan 1 sesi sahaja iaitu sesi pagi yang sebelum ini diadakan dalam 2 sesi iaitu pagi dan petang.


Pada peringkat awalnya sekolah ini menerima murid dari 3 buah sekolah kebangsaan yang berhampiran iaitu, Sekolah Kebangsaan Air Hitam, Sekolah Kebangsaan Pasoh 3 dan Sekolah Kebangsaan Pasoh 2. Kini, sebahagian besar pelajar-pelajar adalah terdiri daripada anak-anak dan cucu-cucu peneroka Felda Pasoh 2 dan 3 dan sebahagian daripada kawasan-kawasan sekitar Felda Pasoh 2.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Pasoh 2
Felda Pasoh 2
72300, Simpang Pertang
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064961185
Fax = 6064962400

Pautan luar[sunting | sunting sumber]