Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka
Lokasi
Peti Surat 61754, 91027, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABAKA, TAWAU
Nombor sekolah+608-9768871
Kod sekolahXFE3002[1]
PengetuaTuan Haji Sharifuddin bin Kamarzaman
Faks+608-9773952


Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka atau nama ringkasnya SMK Abaka, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 20 Jalan Merotai, Tawau, Sabah. Alamat sekolah ini ilah Peti Surat 61754, 91027 Tawau.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka memiliki 684 pelajar lelaki dan 606 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1290 orang. Ia mempunyai seramai 100 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka telah diwujudkan pada bulan Januari 1962. Pada mulanya,sekolah Menengah Jenis Kabangsaan Abaka. Sekolah ini terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Pusat Bandar Tawau. Pada awal penubuhan sekolah ini,sekolah ini hanya menumpang bagunan sekolah rendah SRJK Abaka dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 20 orang dengan jumlah pelajar mencecah 250 orang.

Bangunan-bangunan yang ada di sekolah ini adalah bekas peninggalan orang-orang jepun dan zaman pemerintahan British. Bangunan yang ada diperbuat daripada konkrit dan kayu. Selebihnya terdiri daripada rumah atau mes pegawai pelatih. Pada bulan oktober 1997, pejabat pentadbiran dan beberapa buah kelas telah musnah dalam satu kebakaran akibat litar pintas

Namun, atas inisiatif pengetua,beberapa buah bagunan tambahan telah didirikan di sekitar tapak asal. Sumbangan mendirikan bagunan ini juga diperolehi daripada Jabatan Pendidikan dan YB Chua Soon Bui, Ahli Parlimen Tawau pada masa itu. Syarikat BAL juga memberikan sumbangan dengan menyediakan rumah pengetua, rumah-rumah untuk guru dan staf sekolah. Walau bagaimanapun, pada tahun 1998 rumah pengetua yang didirikan telah dirobohkan kerana dikhuatiri tidak selamat lagi digunakan. Namun, pihak Golden Hope telah menggantikan rumah pengetua ini dengan rumah lain. Dari tahun 1962 hingga 1996, sekolah ini hanya menempatkan pelajar-pelajar peringkat menengah rendah sahaja iaitu daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Namun begitu, pada tahun 1996, sekolah ini telah menawarkan pelajar-pelajar di peringkat menengah atas iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5. Mengikut statistik pencapaian akademik. SMK Abaka telah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang terutamanya sekitar tahun 1970an

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka
Peti Surat 61754
91027, Tawau
Sabah,  Malaysia
Telefon = +608-9768871
Fax = +608-9773952

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]