Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim
Lokasi
Peti Surat 131,, 89057, Kudat,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Nama lainSEMEKAR
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Autoriti pendidikanPPD KUDAT
SesiPagi Sahaja
Nombor sekolah6088612092
Kod sekolahXEE5019[1]
PengetuaEn.Rozlan Bin Hashim
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Bidin Kenzin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Siaw On Min
Penolong Kanan KokurikulumPn. Sabaria Ibrahim
Faks6088622351


Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim atau nama ringkasnya SMK Abdul Rahim, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 131,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim memiliki 299 pelajar lelaki dan 450 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 749 orang. Ia mempunyai seramai 71 orang guru.2009

Terkini,

Bagi tahun 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim memiliki 982 murid melingkupi pelajar tingkatan 6 atas, tingkatan 6 rendah, tingkatan 5, tingkatan 4, tingkatan 3, tingkatan 2, tingkatan 1, dan pelajar PPKI. SMK Abdul Rahim telah menerima 13 orang guru baharu yang berdikasi melalui pengambilan One-off 2021 menjadikan jumlah guru seramai 79 orang.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdididk Negara Sejahtera"

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Misi Sekolah

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Piagam Pelanggan SMK Abdul Rahim[sunting | sunting sumber]

Kami warga SMK. Abdul Rahim dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:


1. Menyediakan pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara;

2. Menentukan semua murid yang dihasilkan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara;

3. Memberi peluang yang sama kepada semua murid tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan sebaik-baiknya;

4. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan;

5. Menguruskan kerja yang cekap, pantas dan bijaksana;

6. Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

7. Menyediakan kemudahan- kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu

selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang;

8. Memastikan semua staf sentiasa peka dan responsi kepada kehendak-kehendak dan keperluan- keperluan pelanggan

dan stake holder;

9. Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu- individu yang terbaik menyertai perkhidmatan

pendidikan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Abdul Rahim, sekolah menengah yang tertua dan sekolah yang pertama mempunyai tingkatan enam di daerah Kudat. Terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Kudat. Ditubuhkan pada tahun 1960-an dengan nama Goverment Secondary School. Menempatkan pelajar dari pelbagai kaum dan tempat di sekitar daerah Kudat.

Pada awal penubuhannya Goverment Secondary School menggunakan tapak yang digunakan oleh Sekolah Menengah Kudat sekarang. sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Berikutan perubahan dasar pendidikan kebangsaan yang menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, pada tahun 1963, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim yang menggunakan SEMEKAR sebagai akronimnya.

Ekoran daripada kadar pertumbuhan pelajar yang agak pesat, bangunan sekolah yang asal tidak dapat menampung keperluan pelajar. Menyedari keadaan ini, kerajaan telah membina sebuah kompleks baru untuk sekolah ini pada tahun 1979 di tapak yang ada sekarang. Pembinaan kompleks yang baru ini disiapkan pada tahun 1983 dan mula digunakan pada sesi persekolahan 1984. Bangunan yang asal terus digunakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat.

SMK Abdul Rahim memulakan operasi dengan dua sesi persekolahan yang terdiri daripada tingkatan tiga, empat dan lima di sidang pagi, manakala tingkatan satu dan dua di sidang petang. Pada tahun 1994 sekolah ini telah membuka kelas tingkatan enam dalam aliran sastera. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekitar daerah Kudat untuk mendapat pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Pada tahun 2002, SMK Abdul Rahim telah mengorak langkah lagi dengan membuka kelas aliaran sains bagi tingkatan enam.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim
Peti Surat 131,
89057, Kudat
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6088612092
Fax = 6088622351

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]