Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar
Moto "Disiplin Ilmu Amal"
Pengetua Hajjah Noraaini binti Hashim
Pengerusi PIBG Haji Matrifin bin Md Amin (sesi 2014/2015)
Kod sekolah JEA 3049
Lokasi Jalan Desaru,81930 BANDAR PENAWAR, Johor Darul Takzim,  Malaysia
Nama singkatan SMK Bandar Penawar
Telefon 6078222210
Faks 6078222210 emel: smkbpjohor@yahoo.com


SMK Bandar Penawar (SMKBP)(Rujuk Google Map N1°33'44.55" E104°13'44.13") terletak di Jalan Desaru, Bandar Penawar iaitu 5 kilometer dari Pantai Peranginan Desaru dan 50 kilometer dari bandar Kota Tinggi, Johor. Bangunan sekolah ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar. Sekolah-sekolah berhampiran adalah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI), Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) (dulu dikenali sebagai Sekolah Sukan (Malaysia) Bandar Penawar) dan Sekolah Agama (Johor) Bandar Penawar .

SMKBP mula ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Pada peringkat awal pembukaan, sesi persekolahan penggal pertama bermula pada 1 Disember setiap tahun jumlah murid semasa sekolah dibuka iailah seramai 103 orang yang terdiri daripada murid tingkatan satu dari Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar dan murid tingkatan 2 dari Sekolah Kebangsaan Bandar Mas, Kota Tinggi. Jumlah guru semasa sekolah dibuka iailah 7 orang.Jawatan Pengetua disandang oleh Tn Haji Mahjom bin Hj Sarwen, manakala En Afandi bin Ngadiman menjawat jawatan sebagai GPK Pentadbiran dan Pn Hjh Norseha binti Manaf menjawat jawatan GPK HEM.

Pada 1996, kelas tingkatan tiga dimulakan dan pada 1997, kelas tingkatan empat aliran sastera ikhtisas dan kemanusiaan pula ditubuhkan. Murid yang meneruskan pengajian di tingkatan empat aliran sains tulen berpindah ke SMK Bandar Mas. Pada 1997, kelas tingkatan lima aliran sastera dan kemanusiaan diwujudkan. Kumpulan pertama murid SMKBP telah menduduki peperiksaan PMR pada tahun 1996 iaitu seramai 72 orang. Manakala peperiksaan SPM pula pada tahun 1998 iaitu seramai 30 orang murid.

SMK Bandar Penawar dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-6 di atas kawasan seluas 20.251 ekar dengan bangunan asal terdiri daripada empat buah blok bangunan tiga tingkat, satu buah bangunan kantin, dan satu buah bangunan Bengkel Sains Pertanian. Selain itu, SMKBP dilengkapi juga dengan satu unit pencawang elektrik, satu unit tangki air bomba dan satu unit bekalan gas untuk Makmal Sains. Kini, SMKBP juga telah dilengkapi dengan sebuah bangunan Makmal Komputer dan telah mula beroperasi pada pertengahan 2005. Selepas kepimpinan Pn. Sarilah binti Ngadino, diikuti En. Azman bin Abd Rahman, Tn. Hj. Baharum bin Hj. Ahmad dan kini SMKBP diterajui oleh Pn. Hjh. Noraaini binti Hashim hingga sekarang.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi
"Menjadikan SMK Bandar Penawar mencapai Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
Misi
"Melestarikan Pendidikan yang Berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi Aspirasi Negara"

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama Pengetua Tarikh Berkhidmat
1. Tn. Hj. Mahjom Bin Hj. Sarwen
2. Pn. Sarilah binti Ngadino
3. En. Azman bin Abd Rahman
4. Tn. Hj. Baharum bin Hj. Ahmad
5. Pn. Hjh. Noraaini binti Hashim
01 Dis. 1994 hingga 01 Jun 2001
16 Ogos 2001 hingga 01 Jul. 2005
01 Jul. 2005 hingga 16 Jan. 2008
16 Jan. 2008 hingga 30 Jun 2014
01 Jul. 2014 hingga Sekarang

Yang DiPertua PIBG[sunting | sunting sumber]

No. Tempoh perkhidmatan Nama YDP
1. Sesi 1995/1996 hingga Sesi 2005/2006 Haji Suratin bin M Yassin
2. Sesi 2006/2007 Haji Nasir bin Haji Ali
3. Sesi 2007/2008 Haji Suratin bin M Yassin
4. Sesi 2008/2009 dan 2009/2010 Encik Md Khair bin Mohd Sood
5. Sesi 2010/2011 hingga 2014/2015 Haji Matriffin bin Md Amin

Pauttn luar[sunting | sunting sumber]