Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Kulai
Lambang smkbp.jpg

Lencana Sekolah

Alamat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000, Kulaijaya, Johor.
Telefon 07-5999409
Faksimili 07-5990928
Kemasukan Pelajar Dikawal Sepenuhnya Oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kulaijaya dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Jenis Sekolah Sekolah Kluster Kecemerlangan
Kod Sekolah JEA 8012
Pengetua En Azman B Adnan
PK Pentadbiran En. Md Hasram B Omar
PK HEM Pn Shurina Bt Abd Jalil
PK Kokurikulum En. Abd Gani B Abas
Laman Web Rasmi http://www.smkbp.net/

SMK. Bandar Putra, Kulai telah ditubuhkan pada 1 Januari 2004 yang terletak di alamat PTD, Jalan Nuri 9 Bandar Putra, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Takzim. Sekolah ini mendapat namanya sempena nama taman perumahan di kawasan sekolah ini dibina. Bagi memastikan kelengkapan sekolah diuruskan dengan baik pihak Pejabat Pendidikan Daerah telah melantik En. Safari bin Basir sebagai penyelaras. Pertemuan pertama untuk membuka sekolah ini telah diadakan pada 5 November 2003, tanpa Pengetua. Kerja-kerja awal seperti menentukan arah tuju sekolah dan konsep sekolah telah diuruskan oleh En. Anuar bin Jais dibantu oleh En. Safari bin Basir dan Pn. Hjh. Norsiah bte Osman.

Sekolah ini merupakan sekolah kawalan yang cuba dibangunkan dengan tujuan meningkatkan pencapaian akademik daerah Kulaijaya. Idea ini telah dicetuskan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tn. Hj. Markom bin Giran. Pada peringkat permulaan sekolah ini akan menerima pelajar seramai 450 orang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Konsep terkawal menyebabkan sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Khas Agama, Rancangan Khas, Program Khas dan pelajar aliran sains tingkatan 4. Tarikh 5 Januari 2004 adalah tarikh keramat sekolah kerana pada hari ini sekolah menerima pelajarnya yang pertama. Tugas merealisasikan visi sekolah diketuai oleh Pengetua pertama sekolah ini iaitu En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan dan dibantu oleh 29 orang guru dan 8 orang kakitangan sokongan.

Pengoperasian sekolah ini telah mendapat bantuan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Penyerahan Plak Pengoperasian sekolah ini telah diadakan pada 12 Januari 2004. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Zakaria bin Hj. Abd. Shukor. Dengan adanya majlis ini semangat seluruh warga sekolah telah meningkat untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang terbaik di dalam daerah Kulai.

SMK Bandar Putra telah menjadi tulang belakang dalam pencapaian peperiksaan PMR dan SPM daerah Kulai sejak ditubuhkan pada tahun 2004 sehingga kini.

Guru- Guru Perintis SMKBP Pada Tahun 2004

Kemasukan Pelajar Baru[sunting | sunting sumber]

Kemasukan ke sekolah ini disaring oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya. Oleh yang demikian, pelajar- pelajar yang ditawarkan masuk ke sekolah ini merupakan pelajar- pelajar yang bersekolah rendah di daerah Kulaijaya sahaja. Syarat minimum untuk kemasukan ke tingkatan 1 ialah sekurang- kurangnya mendapat 3A dan 2B dalam peperiksaan UPSR. Namun begitu, disebabkan oleh permohonan yang begitu tinggi untuk memasuki sekolah ini, syarat- syarat tersebut menjadi semakin ketat saban tahun dan akhir- akhir ini, murid yang mendapat 5A (SK) dan 7A (SJKC & SJKT) di dalam peperiksaan UPSR sahaja akan ditawarkan masuk ke sekolah ini. Bagi kemasukan 2011 dan seterusnya, selain daripada mendapat 5A (SK) atau 7A (SJKC & SJKT) didalam UPSR, calon- calon hendaklah lulus temuduga khas yang dikendalikan oleh pihak sekolah sebelum ditawarkan masuk ke sekolah ini.

Pelajar- pelajar harus mengekalkan pencapaian semasa berada di sekolah ini. Untuk mengekalkan tempat di tingkatan 4, para pelajar harus mengekalkan pencapaian dengan mendapat sekurang- kurangnya 6A dan 2B dalam peperiksaan PMR. Pelajar yang gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang di sekolah ini akan disingkirkan dan akan ditempatkan di sekolah lain.

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah merupakan tempat pelajar belajar dan diajar untuk mengembangkan potensi diri agar seimbang dan harmonis. Perkara ini boleh berlaku sekiranya mereka diberi peluang yang sewajarnya. Justeru, fokus utama sekolah berperanan “Loco In Parentis” untuk memenuhi keperluan pelajar memperolehi keseronokan, kuasa, kasih sayang, kebebasan dan kelangsungan hidup. Usaha ini adalah untuk melahirkan pelajar yang bijak dan pintar memenuhi impian diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti dan Melahirkan Murid Yang Cemerlang Pada Tahun 2020.

Moto Sekolah: Bijak dan Pintar[sunting | sunting sumber]

Pelajar-pelajar, guru-guru dan semua warga sekolah SMK Bandar Putra berusaha untuk mencapai tahap bijak dan pintar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah kerana ini adalah kunci utama untuk merealisasikan visi, misi dan objektif sekolah. Pelajar mesti pintar di dalam pembelajaran untuk membolehkan mereka cemerlang dan bijak membahagikan dalam kehidupannya di sekolah.

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana SMKBP

Penerangan Lencana Sekolah

1. Perisai melambangkan jati diri pelajar yang boleh menangkis gejala buruk.

2. Nama sekolah disokong oleh lima tiang yang boleh diibaratkan sebagai panca agama(rukun Islam) dan panca negara(rukun negara).

3. Tiga bulatan berangkai merupakan semangat perpaduan yang sentiasa dipupuk dan disemarakkan serta kegiatan sukan merupakan satu aktiviti penting warga sekolah.

4. Radas sains menunjukkan sains adalah aliran utama sekolah ini.

5. Pen dan buku merupakan usaha sekolah menerapkan konsep iqrak bagi mewujudkan budaya membaca sebagai punca segala ilmu dan pendidikan sepanjang hayat.

6. Buku terbuka mengambarkan warga sekolah yang cintakan ilmu dan sentiasa membugar sumber ilmu pengetahuan.

7. Lambang stesen pemancar bumi merupakan penekanan sekolah menyahut cabaran wawasan negara.

8. Lencana sekolah secara keseluruhannya berteraskan kepentingan akademik yang disokong oleh aktiviti sukan manakala teknologi maklumat adalah aksesnya.

9. Warna biru menunjukkan sekolah adalah institusi yang ada undang-undang dan peraturan, putih mengambarkan kehidupan beragama dan bersih, warna merah menunjukkan sikap. Warna kuning mengambar pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini adalah pelajar terpilih. Warna-warna ini bila digabungkan dan disematkan di dada merupakan sebagai satu lambang kesediaan untuk mencapai kecemerlangan sekolah.


Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Bersyukur ada di sini
Mencapai kecemerlangan
Tinggi akal budi
Mulia nilai pekerti

BIJAK menuju wawasan
PINTAR mencapai impian
Sasa jati diri
Jadi Putra terbilang

Ilmu iman di hati
Hebat semangat juang
Rela menabur bakti
Itulah Putra terbilang

Tuhan berkati segala
Usaha teguh janji kita
Demi bangsa Negara
Warga Putra Terbilang

(lirik & lagu oleh En Abd Aziz B Hj Redwan; 16 Mei 2005)

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

1. Abdul Aziz Bin Haji Redwan (2004-2007)
2. Haji Aminuddin Bin Mohd Sani (2007-2008)
3. Azman Bin Adnan (2008-kini)

Pencapaian Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Menjadi sekolah terbaik dalam daerah Kulai sejak ditubuhkan pada tahun 2004.
  • Mendapat tempat ke 10 sekolah terbaik negeri Johor dalam pencapaian PMR 2008, 2009 & 2010 dan tempat ke 9 negeri Johor dalam pencapaian SPM 2008 & 2009.
  • 100% lulus dalam peperiksaan PMR 2005 & 2008 serta SPM dari tahun 2005- 2010.