Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei.jpg
SMK Bandar Sarikei
泗里街市镇政府中学
Moto Sekolah Kemurnian dan kebijaksaan
Jenis Sekolanh Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod Sekolah YEB6101
Pengetua n/a
Jumlah Pelajar 1322 orang (tahun 2009)
Alamat Peti Surat 228, 96107 Sarikei, Sarawak,  Malaysia


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei atau nama ringkasnya SMK Bandar Sarikei, atau lebih dikenali sebagai SMKBS,merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 228.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei memiliki 652 pelajar lelaki dan 670 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1322 orang. Ia mempunyai seramai 106 orang guru.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Bandar Sarikei,pada awal penubuhannya dikenali dengan nama Sarikei Town Government Secondary School yang telah dibina di tapak seluas 10.6 ekar. Bangunan asal sekolah ini disewa daripada pihak Sekolah Menengah Methodist. Pada ketika itu, hanya terdapat dua blok bangunan tetapi kini pada akhir tahun 2010 SMKBS telah mempunyai 21 blok bangunan. Pada awal penubuhannya sekolah ini terdiri daripada 3 org iaitu seorang guru besar iaitu Wong Kwong Soon & 2 org guru iaitu En. Benjamin Lim & Cik Arjuna Hossein. Kini terdapat 108 orang guru & 15 staf sokongan & SMKBS mampu menempatkan kelas bagi Tingkatan 6.

Sejak penubuhannya, SMKBS merekodkan penempatan pelajar yang bertambah sehingga bangunan bilik darjah tidak dapat menampung semua pelajar dalam satu sesi. Pada masa ini, tingkatan peralihan & Tingkatan 1 berada di sesi petang manakala selebihnya berada di sesi pagi. Pada tahun 1979, SMKBS telah berpindah ke bangunan tetap iaitu kira-kira terletak 500m dari bangunan yang asal & disediakan juga kemudahan-kemudahan sampingan. Sekitar SMKBS juga terdapat sekolah-sekolah menengah berdekatan seperti SMK St.Anthony(3.9km), SMK Tinggi Sarikei(4km) & SMK Sg Paoh(12km). Pada 1982, satu peristiwa bersejarah telah berlaku di sekolah ini apabila Perdana Menteri Datuk Dr. Mahathir bin Mohamad merasmikan bangunan sekolah ini.

Pada 17 Mac 1985, satu mesyuarat telah diadakan utk menjemput ibubapa bagi tujuan penubuhan Persatuan Ibubapa & Guru(PIBG)SMKBS. Pada 14 Mei 1985, satu surat permohonan & Perlembagaan Persatuan Ibubapa &guru telah diutus kepada pihak pendaftar sekolah. Ibupejabat Pelajaran Sarawak utk pendaftaran. Pada 3 Disember 1985, PIBG SMKBS dengan rasminya telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran 58/85 berserta satu salinan perlembagaan PIBG yg tlh diluluskan.

Sejak penubuhannya, pada 1985 sehingga akhir 2009, pelbagai aktiviti telah diadakan. Bermula dengan pencapaian akademik, SMKBS buat pertama kalinya mencatatkan keputusan SPM yang memberangsangkan iaitu pada tahun 1992 & memulakan 2 kelas aliran Sains. Ekoran itu,keputusan SPM pada tahun berikutnya mencapai mendadak dengan kedua-dua kelas mencapai keputusan 100%. Seterusnya SMKBS terus mengorak langkah dengan menawarkan kelas bagi penempatan pelajar Tingkatan 6 iaitu pada tahun 1994. Pada tahun 1996, julung kalinya keputusan STPM diumunkan,SMKBS mencatatkan kejayaan cermelang dgn keputusan 100% & 80% pelajarnya mendpt sijil penuh.Bahkan ada pelajar terbaik dlm peperiksaan tersebut mendapat 4 principal A(4A).

Berkat sumbangan kakitangan akademik & bukan akademik, pihak PIBG serta para pelajar SMKBS terus mencapai kemajuan & peningkatan dalam bidang akademik & bukan akademik dari tahun ke tahun. Jelaslah dengan wujudnya sumbangan & kerjasama ini, kini SMKBS terus maju dalam pelbagai kegiatan di dalam & di luar sekolah sejajar dengan slogan dalam lagu sekolah "GEMILANG SMK BANDAR SARIKEI".

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Gemilang SMK Bandar Sarikei

SMK Bandar Sarikei ku cintai
Tempat elok ilmu ditimba dicari
Indah ceria sekolah ku bangga
Sehati sejiwa seia sekata
Perpaduan jayakan wawasan
Bersatu hati maju ke hadapan
Kemurnian dan kebijaksaan
Melahirkan insan yang cemerlang
Sekolah tercinta semua bersama
Wawasan kita mesti berjaya
Apa jua bangsa tidak kira agama
Gemilang Gemilang Gemilang selamanya
Gemilang Gemilang Gemilang selamanya

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sarikei
Peti Surat 228
96107, Sarikei
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084651210
Fax = 6084656445

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Majalah Sekolah "Gemilang" 2009