Sekolah Menengah Kebangsaan Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Baru
Lokasi
Jalan Cahaya, Lopeng, 98000, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKe Arah Kecemerlangan
Nombor sekolah6085431707
Kod sekolahYEA4102
PengetuaPuan Jerrah Binti Pandin
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Henry
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Koreayati binti Bujang
Penolong Kanan KokurikulumPuan Siti Akmaliah
Faks6085428057
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Baru atau nama ringkasnya SMK Baru, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Cahaya, Lopeng.[1]

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Baru memiliki 396 pelajar lelaki dan 448 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 844 orang. Ia mempunyai seramai 83 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Baru Miri ditubuhkan pada 2 Januari 1989. Sekolah ini terletak di Pujut Corner Miri, menumpang bangunan di kawasan Sekolah Kebangsaan Pujut Corner. Pada Permulaannya, sebanyak 6 kelas peralihan dan 3 kelas Tingkatan 1 ditawarkan di sekolah ini. Sesi persekolahan hanya dijalankan pada sesi pagi.

Pada tahun 1991, sekolah ini telah mencatatkan sejarah apabila seramai 72 orang pelajar menduduki peperiksaan SRP buat kali pertama. Pada tahun 1995 pula, calon peperiksaan SPM dikemukakan buat kali pertama di sekolah.

Selepas 9 tahun berkongsi bangunan dan kawasan dengan Sekolah Kebangsaan Pujut Corner, pada 18 Disember 1998, Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Miri telah berpindah ke tapak sekarang iaitu Jalan Cahaya, Lopeng untuk beroperasi.

Kini, sekolah ini mempunyai sebanyak 33 kelas, populasi guru ialah 80 orang dan populasi pelajar ialah lebih kurang 850 orang. Keistimewaan sekolah ini ialah pelajar terdiri daripada pelbagai kaum yang berasala dari keluarga yang sosio ekonominya rendah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SMK Baru Miri merupakan antara sekolah yang cemerlang dalam bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum. Pencapaian-pencapaian diraih demi untuk memastikan sasaran demi sasaran dicapai.

  • Kurikulum (2012 - 2014)

Dalam bidang kurikulum, SMK Baru Miri merupakan antara sekolah yang banyak menunjukkan peningkatan antara sekolah-sekolah seluruh Sarawak.

Dalam peperiksaan PMR 2012, SMK Baru telah berjaya membuktikan sesuatu apabila Gred Purata Sekolah bagi peperiksaan tersebut meningkat daripada 2.88 (Tahun 2011) ke 2.84.

Dalam peperiksaan SPM 2012 pula, Gred Purata Sekolah sentiasa meningkat sehingga SMK Baru Miri sentiasa mendapat sijil kepujian usaha gigih dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Pada tahun 2011, Gred Purata Sekolah adalah 5.54 dan pada tahun 2012 meningkat kepada 5.43 menyamai Gred Purata Negeri Sarawak.

Selain itu, peperiksaan STPM juga menunjukkan peningkatan yang baik. Pada tahun 2012, 3 orang pelajar mendapat semua A. Mereka ialah Ting Mei Jun, Chan Ke Le dan Joanne Tiong Kwong Qi. GPS tahun 2012 ialah 2.47 menungkat sebanyak 0.26 berbanding 2.21 pada thaun 2011.

2014 menjadi tahun pertama perlaksaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan para calon sekolah turut tidak terlepas peluang untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Bertepatan dengan motto "Sentiasa Cemerlang", saudari Hamra Binti Mohd Ismail telah berjaya memperoleh keputusan 9A1B dan menjadi calon paling cemerlang pada tahun tersebut. Manakala, saudara Benjamin Chin telah berjaya mendapat keputusan 7A. Keputusan memberansangkan turut berjaya dicapai oleh calon-calon lain, saudara Jeremiah Kebing George telah berjaya memperoleh 6A, saudari Evia Puyang berjaya mendapat 5A dan turut mendapat keputusan 5A ialah saudari Nur Arifah.

Pada tahun 2014, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Baru Miri iaitu Adik Salman Farsi Mohd Ismail telah mencatatkan sejarah membanggakan apabila berjaya mencatatkan keputusan cemerlang semua A+ iaitu 9A+. Beliau juga telah berjaya tersenarai dalam senarai 15 Pelajar Terbaik SPM Negeri Sarawak.

Dalam pada itu, peratus lulus SMK Baru Miri meningkat dari 89.5 (2013) kepada 94.12 (2014). GPS sekolah juga meningkat dari 5.63 kepada 5.42. Selain adik Salman, seorang calon telah mendapat 7A, empat orang telah mendapat 5A dan dua orang lagi telah mendapat 4A.

2014 turut menjadi tahun yang cemerlang bagi STPM buat SMK Baru Miri apabila mencatakan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu dari 2.54 kepada 2.79. Tiga orang calon STPM telah berjaya mendapat 4A dan lebih 20 orang calon mencatatkan PNGK 3.00 ke atas.

Pada tahun 2015, SMK Baru berjaya mencatatkan peningkatan memberansangkan dalam Pentaksiran Tingkatan 3 apabila berjaya melahirkan pemegang 10A sulung sekolah menerusi saudari Nur Farazila Juremi. Antara calon lain yang mendapat keputusan cemerlang ialah saudari Nur Asyikin yang berjaya memperoleh keputusan 8A2B. Manakala, Saudara Fadhil berjaya memperoleh 6A dan saudari Angelina Puyang Selung mendapat keputusan 5A.

Musim SPM 2015 menyaksikan sekolah berjaya melahirkan dua orang calon mendapat keputusan cemerlang iaitu Perra Anak Lanting yang telah mendapat keputusan 5A dan saudari Wan Khairina yang turut memperoleh keputusan cemerlang yang sama iaitu 5A.

  • Ko-kurikulum (2012 - 2016)

SMK Baru Miri juga tidak terkecuali kecemerlangannya dalam bidang Ko-kurikulum. Pencapaian yang diraih oleh SMK Baru Miri sendiri juga amat membanggakan dan menunjukkan peningkat setiap tahun. Sekolah ini banyak melahirkan bakat-bakat yang besar dalam bidang masing-masing.

- Antara Kuasa Besar Sukan Bola Baling.

SMK Baru Miri boleh dianggap sebagai antara kuasa besar sukan Bola Baling di daerah Miri. Pencapaian pelajar dalam bidang ini sangat memuaskan. Pada tahun 2012 Pasukan sekolah berjaya memenangi tempat ke-3 (lelaki) dan tempat ke-4(perempuan di Pertandingan Bola Baling bawah 18 tahun peringkat bahagian. Kejayaan tersebut diteruskan apabila Walter anak Ateh dan Rafewiena dipilih untuk mewakili Sarawak ke Kejohanan Bola Baling Peringkat Kebangsaan 2012.

Pada tahun 2013 pula, kejayaan Naib Johan(Lelaki) di Kejohanan Bola Baling Peringkat Bahagian pula diraih. Pada tahun 2014, SMK Baru Miri telah berjaya memenangi tempat Ketiga (lelaki), Anugerah Penjaring Terbanyak serta Pemain Terbiak kejohanan di Kejohanan Bola Baling Peringkat Bahagian.[1]

- Kejayan Bidang Bahasa yang amat membanggakan.

SMK Baru Miri juga menunjukkan pencapaian yang sangat membanggakan dalam bidang bahasa dari segi Ko-kurikulum. Bakat-bakat dalam bidang pengucapan awam dan bidang penulisan terus menjadikan SMK Baru Miri sentiasa cemerlang.

Pada tahun 2012, SMK Baru Miri telah berjayan meraih gelaran Johan Pertandingan Kuiz Tatabahasa & Pengetahuan Am peringkat bahagian Miri. Di samping itu, sekolah juga telah berjaya memenangi Naib Johan Pertandingan Bahas Anjuran RTM Peringat Bahagian Miri, Ketiga Pertandingan Public Speaking peringkat bahagian Miri dan Naib Johan Pertandingan Choral Speaking peringkat bahagian MIri.

Pada tahun 2013, SMK Baru Miri juga ada meraih pelbagai kejayaan dalam bidang bahasa. Antaranya ialah gelaran Pemantun Terbaik di Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Bahagian Miri, Ketiga Pertandingan Choral Speaking peringkat bahagian Miri dan Johan Pertandingan Pidato sempena Kem Mesra Alam peringkat bahagian Miri.

Tahun 2014 menjadi tahun paling cemerlang bagi SMK Baru Miri dalam bidang bahasa apabila berjaya meraih pelbagai kejayaan. Antaranya ialah :-

  1. Johan Pertandingan Menulis Sajak/Lagu Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Sarawak.[2]
  2. Naib Johan Pertandingan PidatoPiala Diraja Peringkat Bahagian Miri.[3]
  3. Naib Johan Pertandingan Pidato Pra-Universiti Peringkat Bahagian Miri.
  4. Naib Johan dan Lagu Terbaik di Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Bahagian Miri.[4]
  5. Naib Johan Pertandingan Bahas Anjuran RTM Peringkat Bahagian Miri.[5]
  6. Naib Johan Pertandingan Pidato Kem Mesra Alam Peringkat Bahagian Miri.[6]
  7. Best Speaker di Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Bahagian Miri.

- Lain-lain Kejayaan di Peringkat Tertinggi.

SMK Baru Miri juga cemerlang dalam penyertaan pertandingan di peringkat negeri. Antara kejayaannya ialah :-

  1. Johan Pertandingan Menulis Sajak/Lagu Hari Tanpa Tembakau Peringkat Negeri Sarawak 2014.[7]
  2. Naib Johan dan Ketiga di Pertandingan Wushu International Open Peringkat Antarabangsa 2012
  3. Tempat Ketiga di Pertandingan Kawad Kaki Formasi Karnival Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri 2012.
  4. Tempat Ketiga di Pertandingan Bowling Peringkat Negeri 2012.
  5. Saguhati Kelima, Ketujuh dan Kesepuluh di Pertandingan Liga Remaja Kreatif Kategori Video Peringkat Negeri Sarawak 2014.[8]

Pada tahun yang 2014, SMK Baru turut berjaya memenangi Anugerah Cemerlang Bimbingan & Kaunseling SM 2014 dan Ketiga Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum Bandar SM masing-masing anugerah peringkat daerah Miri.

Pada tahun 2015, menjadi antara tahun paling cemerlang dalam arena kokurikulum bagi SMK Baru Miri. Beirkut merupakan antatara pencapaian kokurikulum yang patut dibanggakan.

  • Peringkat Daerah/Zon Miri
  1. Johan Pertandingan Choral Speaking SM 2015
  2. Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja SM 2015
  3. Johan Pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Malaysia SM 2015
  4. Johan Cabaran Interaktif Pengguna SM 2015 (Zon Utara Sarawak)
  5. Johan Pertandingan Rekacipta Mini Karnival Mikro Kebajikan SM 2015 (Zon Utara Sarawak)
  6. Johan Pertandingan Pidato Kem Mesra Alam SM 2015
  7. Emas Acara Peseorangan Kejohanan Tang So Doo SM 2015
  8. Anugerah Juri Pertandingan Tarian SM 2015
  9. Naib Johan Pertandingan Tarian Anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) SM 2015
  10. Naib Johan (Perempuan) Kejohanan Hoki SM 2015
  11. Naib Johan Pertandingan Hafazan (Perempuan) MTQ SM 2015
  12. Naib Johan Pertandingan Mini Liga Remaja Kreatif SM 2015
  13. Ketiga Pertandingan Bahas Ala Parlimen SM 2015
  14. Tempat Keempat Pertandingan Forum Remaja Piala TYT SM 2015
  15. Pemantun Terbaik Pertandingan Pesta Pantun SM 2015
  • Peringkat Negeri Sarawak
  1. Naib Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja SM 2015
  2. Naib Johan Pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Malaysia SM 2015
  3. Saguhati Cabaran Interaktif Pengguna SM 2015
  • Peringkat Kebangsaan
  1. Keempat Pertandingan Pidato Piala Diraja SM 2015

Pada tahun 2016, SMK Baru Miri telahpun berjaya menunjukkan peningkatan dalam kokurikulum dalam pelbagai bidang termasuklah bidang bahasa, sukan, dan persatuan.. Kebanyakkan pencapaian 2015, telah berjaya diulang dan ini memberi satu petanda positif bahawa SMK Baru terus komited dalam mengekalkan momentum kecemerlangan dalam kokurikulum. Antara pencapaiannya ialah :-

  • Peringkat Daerah/Zon Miri
  1. Johan Pertandingan Forum Remaja Piala TYT SM 2016 (Abdullah Nudin, Tiffany Tijang Sim, Abdul Ghafar, Yasarah Yusuf & Hazirah Yusuff)
  2. Johan Pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Melayu SM 2016 (Abdullah Nudin)
  3. Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja SM 2016 (Abdullah Bin Nudin)
  4. Johan Pertandingan MyIT Innovation "Team Challenge" SM 2016 (Nur Sabrina, Muhd Ayub, Fadhlan Arsyad, Aniq Zahran, Benjamin Chin)
  5. Johan (4 Pingat Emas, 1 Pingat Gangsa, 1 Pingat Saguhati) Kejohanan Remaja Wushu SM 2016 (Andy Lawai Felizx, Jacki, Syafiq. Aniq Azuan, Cyril Noel, Mohd Faisal, Khairuddin, Hisyamuddin)
  6. Naib Johan Pertandingan Aeroangkasa Karnival Sains dan Teknologi SM 2016 (Hafiz Haris & Noor Fadzlin)
  7. Naib Johan Pertandingan Hoki Terbuka Anjuran Kelab Rekreasi Petronas Miri SM 2016 (Ketua : Abid Haijal)
  8. Ketiga Pertandingan Hoki Terbuka Anjuran Kelab Rekreasi Petronas Miri SM 2016 (Ketua : Gordon James)
  9. Ketiga Pertandingan Kombo Muzik (Battle Of The Band) SM 2016
  10. Ketiga Pertandingan Bola Baling Lelaki SM 2016
  11. Ketiga Pertandingan Bola Baling Perempuan SM 2016
  12. Ketiga Keseluruhan Berpasukan Kejohanan Tang So Doo SM 2016 (3 Emas, 1 Perak, 6 Gangsa & 4 Pingat Saguhati)
  13. 1 Perak & 2 Gangsa Kejohanan Pencak Silat SM 2016 (Abdullah Dzulfikier, Syuhada)
  14. Saguhati Pertandingan Campus Superstar SM 2016 (Nicole Charles)
  15. Pengerusi Terbaik Pertandingan Forum Remaja Piala TYT SM 2016 (Abdullah Nudin)
  • Peringkat Negeri Sarawak
  1. Johan Pertandingan Petanque ANGKASA (Triple Men Event) SM 2016 (Danial Ridzuan, Fadhlan Arsyad, Haziq Huzaifah)
  2. Johan Pertandingan Bola Baling Lelaki SM 2016 (Shafizi, Shahrul & Ian Marvin)
  3. Johan Pertandingan Bola Baling Perempuan SM 2016 (Zalifah & Puteri)
  4. Naib Johan Pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Bahasa Melayu SM 2016 (Abdullah Nudin)
  5. Keenam Pertandingan Akhir Forum Remaja Piala TYT 2016 (Abdullah Nudin, Nurul Hasanah, Nicole Charles, Yasarah Yusuf & Hazirah Yusuff)
  • Peringkat Kebangsaan
  1. Johan (Pingat Emas) Acara Memanah Berpasukan Wanita Sukan Malaysia 2016 (SUKMA) (Catherine Laura King)
  2. Johan (Emas) Acara Chuji Gunshu Kejohanan Kebangsaan Wushu Yuk Chai 2016 (Andy Lawai Felix)
  3. Keempat Pertandingan Pidato Kementerian Pendidikan Malaysia SM 2016 (Abdullah Bin Nudin)
  4. Tempat ke 3 – Dokumentasi Amalan Disiplin terbaik Peringkat Kebangsaan yang diumumkan pada 13 Oktober 2016 di Intitut Aminuddin Baki Cawangan Utara dalam Simposium Pengurusan HEM Kebangsaan 2016. SMK Baru Miri diwakili oleh Pengetua, PK Hem Cg Amanda Chong Lee Ngo dan Cg Mohd Shorkri Bin Abdullah.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Baru
Jalan Cahaya, Lopeng
98000, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085431707
Fax = 6085428057

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ SMK Baru, Miri, Sarawak di APAC Directory

Pautan luar[sunting | sunting sumber]