Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur
Moto Kualiti Teras Keunggulan
Jenis Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua Hajah Noreha bt Hailani
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn Hajah Saadiah bt Kamiso
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Sia Lay Soo
Penolong Kanan Kokurikulum Pn Fadzilah bt Darus
Pengerusi PIBG En Maslan bin Pamai
Kod sekolah BEA0112
Lokasi Jalan Nilam 1, Bandar Bukit TinggiKLANG, Selangor,  Malaysia
Telefon 333244054
Faks 333244079


Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur atau nama ringkasnya SMK Batu Unjur, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur memiliki 959 pelajar lelaki dan 899 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1858 orang. Ia mempunyai seramai 100 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lembaran sejarah SMK Batu Unjur , Klang bermula pada tahun 1999.Kerja-kerja pembersihan dan pembangunan sekolah di tapak seluas lebih kurang 6.4 hektar telah digunakan.Tapak sekolah ini dahulunya merupakan kawasan ladang kelapa sawit.Pembinaan sekolah ini dihentikan selama 2 tahun kerana menghadapi masalah.

Pada tahun 2004,kerja-kerja pembinaan,penyenggaran dan pembaikan semula diteruskan semula sehingga selesai pembinaan,secara rasmi SMK Batu Unjur telah dibuka pada 26 Disember 2004.SMK Batu Unjur telah dirasmikan oleh Allahyarham Dato'Razali bin Ismail,mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 12 Julai 2008.Majlis penyerahan bangunan telah diadakan pada 01 Disember 2004 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) kepada Pn.Siti Zaiton bt.Selamat,pengetua pertama SMK Batu Unjur.

Bermula dari sini,proses penubuhan organisasi sekolah telah berjalan.Sekolah ini mampu menempatkan 5 buah bangunan utama iaitu blok A,B,C,D dan E dengan keluasan tanah kira-kira 15.9 ekar.Di samping itu,36 buah kelas disediakan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran.Seawal operasinya dahulu , sekolah ini mempunyai tenaga pendidik sebanyak 20 orang.Kini,dengan pertambahan bilangan kelas sebanyak 59 buah dan murid sebanyak 2078 orang,bilangan tenaga pendidik juga bertambah sebanyak 121 orang.Sekolah ini juga turut menawarkan program khas iaitu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.Gandingan mantap,rasa sepunya dan semangat kerja berpasukan yang dijadikan sebagai pegangan dan teras utama warga pendidik SMK Batu Unjur yang diterajui oleh Pengetua Cemerlang Pn Hajah Zainon Bt Kasim A.M.N telah membuktikan pencapaian akademik dan kokurikulum yang membanggakan.

Pentadbir Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pentadbir Nama Guru
Pengetua Puan Hajah Noreha binti Hailani
Penolong Kanan Kurikulum Puan Hajah Saadiah binti Kamiso
Penolong Kanan HEM Puan Sia Lay Soo
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Hajah Fadzilah binti Darus
Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Suriati binti Che Din
Penolong Kanan Petang Encik Sepuan Suri Bin Din
Guru Kanan Matapelajaran Bahasa Puan Hajah Asriah binti Sarbini
Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik Puan Cheng Lay Hoong
Guru Kanan Matapelajaran Teknik dan Vokasional Puan Salmah binti Mokni
Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan Puan Hajah Ani binti Abu Bakar

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. Puan Siti Zaiton Binti Selamat (2004-2009)
  2. Puan Hajah Zainon Binti Kasim A.M.N (2009-2010)
  3. Puan Hajah Alijah Binti Md Dom ( Mac - ogos 2011)
  4. Puan Hajah Noreha Binti Hailani ( Sep 2011-kini)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur
Jalan Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi
Selangor,  Malaysia
Telefon = 333244054
Fax = 333244079

Pautan luar[sunting | sunting sumber]